• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

oleh Mynewshub
15/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAYAAN Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi.

Menjadikan JDT satu model pengurusan sukan yang wajar dikaji secara serius oleh pihak lain termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Bermula dengan bola sepak, JDT membuktikan bahawa kejayaan tidak datang melalui nasib atau perbelanjaan besar semata-mata.

Kelab itu membina ekosistem lengkap meliputi pembangunan akar umbi, akademi, fasiliti bertaraf antarabangsa, sains sukan, analisis data, pemasaran, pengurusan profesional.

Formula kejayaan itu kemudiannya diterjemahkan ke arena permotoran apabila JDT Racing Team ditubuhkan pada tahun 2024.

Penyertaan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bukan sekadar mencari kemenangan di litar, sebaliknya sebahagian strategi membawa jenama JDT ke pentas antarabangsa.

Dalam tempoh yang singkat, JDT Racing Team berjaya menarik perhatian peminat sukan permotoran dan komuniti antarabangsa.

Kejayaan sama turut dilihat dalam sukan netball menerusi Johor Jewels. Muncul antara francais netball paling berpengaruh di Asia Tenggara.

Bukan sekadar memburu kejuaraan, tetapi berusaha mengangkat standard netball wanita ke tahap lebih profesional dan komersial.

Kesemua atlet diberikan kemudahan terbaik, latihan profesional dan pendedahan yang mampu meningkatkan mutu permainan.

Ini membuktikan bahawa kejayaan bukan bergantung kepada jenis sukan yang diceburi, tetapi kepada sistem yang dibangunkan.

Visi kepimpinan yang jelas, integriti pengurusan, pelaburan, penggunaan teknologi moden, penjenamaan yang kuat serta budaya profesional ramuan utama kejayaan tersebut.

Jika pendekatan ini dapat dijadikan contoh di peringkat nasional, tidak mustahil Malaysia mampu melahirkan lebih banyak organisasi sukan bertaraf dunia pada masa hadapan. – MYNEWSHUB

 

Tags: Gelanggang Bola JaringJDTJDT Racing TeamJohor Darul Ta’zimJohor JewelsKejayaanlitar lumbamodul sukan
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd