• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

oleh Mynewshub
30/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak jadi ‘kaki claim’ kerana sebahagian projek berskala besar di bawah Kerajaan Persekutuan di Johor bukan bermula pada era Kerajaan Madani.

Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata, sebahagian projek tersebut telah pun bermula sejak penubuhan Kerajaan Madani, tetapi dijadikan bahan kempen oleh PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Sekarang ini saya tengok ada banyak poster yang sedang beredar. Konon ada 13 projek utama di bawah Kerajaan Persekutuan di Johor. Bila tengok poster itu, macam semua projek ini lahir lepas Kerajaan Madani ambil alih kerajaan.

“Tapi realitinya projek ini bukan projek baharu. Ada yang dah diumumkan bertahun-tahun dulu. Ada yang dah diluluskan dalam RMK sebelum-sebelum ini. Malah ada yang dah berjalan sebelum kerajaan yang baharu ini ditubuhkan,” katanya menerusi satu rakaman video di media sosial.

Hafiz berkata, sebagai contoh, projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura yang menurutnya telah dimeterai menerusi perjanjian asal pada tahun 2018.

Menurut beliau, projek itu bagaimanapun ditangguhkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan Persekutuan sebelum disambung semula pada tahun 2020.

Kata beliau, projek landasan berkembar elektrik Gemas–Johor Bahru juga bukanlah projek baharu kerana majlis pecah tanah telah diadakan pada tahun 2018 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri keenam.

Mengulas mengenai Hospital Pasir Gudang, Hafiz berkata, projek itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menerusi Bajet 2016, manakala pembinaannya bermula pada tahun 2020 dan kini hampir siap.

Bagi projek Hospital Sultanah Aminah 2, beliau berkata, ia diumumkan pada Oktober 2023, namun sehingga kini pembinaannya masih belum bermula walaupun telah dimasukkan dalam poster yang memaparkan projek utama Kerajaan Madani di Johor.

Menyentuh projek Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (EART), Hafiz menegaskan projek itu masih belum dimulakan dan setakat ini hanya menerima Surat Hasrat (LOI).

Beliau berkata, LOI bukan kontrak atau surat memulakan kerja serta mendakwa tiada jaminan projek berkenaan akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan PH memasukkan semua projek berkenaan dalam poster yang dikaitkan dengan pencapaian Kerajaan Madani dalam PRN Johor

“Dia tangguh, dia sambung Lepas tu sekarang claim kredit, style…,” sindirnya.

Hafiz berkata, terdapat satu perkara yang menurutnya tidak dijelaskan oleh PH kepada rakyat iaitu projek-projek pembangunan berskala besar tidak muncul secara tiba-tiba, sebaliknya bermula daripada perancangan di peringkat kerajaan negeri.

Menurutnya, kebanyakan projek dikenal pasti oleh kerajaan negeri berdasarkan keperluan rakyat sebelum urusan penyediaan tapak, kerja-kerja asas dan hal berkaitan tanah diselesaikan.

Katanya, selepas semua proses itu lengkap, barulah cadangan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan serta pembiayaan.

Hafiz turut menegaskan projek seperti hospital, sekolah dan landasan kereta api bukan dibiayai oleh mana-mana parti politik, sebaliknya menggunakan hasil kutipan cukai rakyat.

Beliau berkata, Johor juga menyumbang berbilion ringgit kepada negara setiap tahun, justeru rakyat negeri itu sememangnya berhak menikmati pembangunan dan kemudahan yang disediakan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hafiz Ariffin

Tags: Hafiz AriffinJohorkaki claimKerajaan Madanikerajaan persekutuanpakatan harapanPHprojekSetiausaha Pemuda UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) berpegang kepada satu matlamat demi Bangsa Johor iaitu memastikan Johor terus aman,...

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd