• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Lancar Dokumentari “60 Tahun: Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan”

oleh Mynewshub
01/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Lancar Dokumentari “60 Tahun: Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP Wilayah Persekutuan akan melancarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “60 Tahun: Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan” pada 7 Jun ini sempena sambutan Ulang Tahun Ke-60 penubuhan parti itu.

Jawatankuasa Kerja Dokumentari dalam satu kenyataan memaklumkan tayangan perdana dokumentari berkenaan akan berlangsung pada Ahad, 7 Jun 2026, dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari di Sekolah Menengah Persendirian Confucian Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, dokumentari berkenaan merakamkan perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan, termasuk perjuangan, khidmat dan komitmen parti terhadap rakyat sepanjang enam dekad lalu.

Ia turut menampilkan pelbagai cabaran, pencapaian serta sumbangan pemimpin dan ahli parti merentas generasi dalam memperjuangkan demokrasi, keadilan dan tadbir urus yang baik di Malaysia.

“Perjalanan selama 60 tahun ini bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya menjadi peringatan untuk terus setia kepada misi asal parti, menjunjung visi ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’ serta memenuhi harapan rakyat terhadap reformasi, keadilan dan tadbir urus yang baik,” menurut kenyataan itu.

Dokumentari tersebut dihoskan oleh Jay Tan yang mewakili generasi baharu rakyat Malaysia yang ingin memahami sejarah dan perjuangan DAP.

Antara pemimpin DAP Wilayah Persekutuan yang ditampilkan ialah Tan Kok Wai, yang juga Penasihat Kebangsaan DAP; Fong Kui Lun; Teresa Kok; Hannah Yeoh serta Lim Lip Eng.

Dokumentari itu turut memaparkan refleksi beberapa pemimpin kanan DAP di peringkat kebangsaan, termasuk Lim Kit Siang, Anthony Loke, Gobind Singh Deo dan Syahredzan Johan.

Melalui dokumentari itu, DAP Wilayah Persekutuan berharap dapat memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap sejarah parti serta memberi inspirasi kepada generasi muda. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Yee Vonne

Tags: 60 Tahun: Perjalanan DAP di Wilayah PersekutuanDAP Wilayah Persekutuandokumentari khasSekolah Menengah Persendirian Confucian Kuala Lumpur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd