• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

oleh Mynewshub
03/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik
Share on FacebookShare on Twitter

SEDANG berlegar naratif konon Barisan Nasional (BN) Johor akan “berkawan semula” dengan Pakatan Harapan (PH) jika BN Johor menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2026.

Dakwaan tersebut sangat mengelirukan kerana langsung tidak berasaskan fakta sebenar situasi politik negeri Johor.

Faktanya, BN memperoleh kemenangan besar dalam PRN Johor pada Mac 2022 apabila menguasai lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dengan demikian, BN membentuk kerajaan Johor secara dominan tanpa memerlukan sokongan mana-mana parti lain untuk mentadbir negeri.

Justeru, tidak pernah wujud sebarang Kerajaan Perpaduan dengan PH, DAP, PKR atau mana-mana parti lain bagi menubuhkan kerajaan campuran di Johor.

Perlu juga difahami bahawa istilah Kerajaan Perpaduan hanya di peringkat Kerajaan Persekutuan dan terpakai di beberapa negeri lain, tetapi bukan Johor.

Istilah itu muncul apabila tiada gabungan politik sama ada BN, PH mahupun PN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Oleh itu, cubaan mengaitkan pentadbiran BN Johor dengan konsep Kerajaan Perpaduan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Jika masih ada dakwaan BN Johor akan “kembali berkawan” dengan PH selepas PRN, maka persoalan perlu dijawab adakah BN Johor pernah bentuk kerajaan bersama PH?

Sejak Mac 2022 sehingga DUN dibubarkan, Johor ditadbir sepenuhnya oleh BN dengan Menteri Besar dan barisan Exco daripada gabungan tersebut.

Jika benar BN Johor akan “berkawan semula” dengan PH, tentulah pemimpin PH tidak begitu marah dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana membubarkan DUN.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah budaya politik Johor yang lebih matang dan inklusif.
Kerajaan Johor tidak meminggirkan wakil rakyat pembangkang semata-mata kerana perbezaan parti.

Sebaliknya, semua wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat diberikan ruang untuk berkhidmat kepada kawasan masing-masing bagi Menghormati keputusan pengundi.

Perkara ini turut diakui sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim daripada DAP dalam satu podcast baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa Johor bukan sebuah Kerajaan Perpaduan, namun kerajaan BN tidak pernah mengenepikan wakil rakyat pembangkang dalam urusan pentadbiran negeri.

Menurut beliau, wakil rakyat pembangkang menerima layanan yang sama seperti ADUN kerajaan termasuk dalam aspek peruntukan kawasan.

Pendekatan tersebut menunjukkan kematangan politik yang diamalkan BN Johor, di mana kepentingan rakyat didahulukan berbanding sentimen kepartian.

Apabila Menteri Besar Johor berurusan dengan wakil rakyat pembangkang dalam perkara berkaitan pembangunan negeri, ia tidak bermaksud wujudnya Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya manifestasi prinsip pentadbiran yang harmoni oleh Onn Hafiz mengutamakan kemaslahatan Bangsa Johor serta kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Jika ada “persahabatan” yang wujud, ia adalah hubungan profesional antara kerajaan dan semua wakil rakyat demi memastikan pembangunan Johor terus berjalan untuk kepentingan Bangsa Johor.

Satu-satunya cara untuk rakyat Johor mengekalkan suasana politik dan pentadbiran negeri yang inklusif ini dengan memastikan BN Johor kembali mentadbir dengan mandat yang kukuh pada PRN akan datang. — MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalBerkawan SemulaBNJohorpakatan harapanPH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor –  Syahir Sulaiman

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor – Syahir Sulaiman

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri disaran tidak berkampung di Johor sempena Pilihan Raya...

Setiausaha Politik Hadi Akui Semangat Bangsa Johor, Imej Onn Hafiz Beri Kelebihan Kepada BN

Setiausaha Politik Hadi Akui Semangat Bangsa Johor, Imej Onn Hafiz Beri Kelebihan Kepada BN

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman mengakui semangat 'Bangsa Johor' memberi kelebihan kepada Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd