• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

oleh Mynewshub
19/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku di negeri ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan mendakwa, banjir merupakan satu masalah besar kepada rakyat Johor.

“Setakat ini usaha kerajaan negeri masih belum dapat mengatasi kemelut ini. Mengapa masalah ini terus berlaku. Saya sendiri telah mengharungi air banjir kilat di banyak kawasan.

“Pasukan saya sentiasa berada di kawasan-kawasan yang terjejas untuk membantu mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Chin Tong berkata, banjir menyebabkan rumah rakyat Johor rosak teruk, peralatan perniagaan musnah dan ramai tidak dapat pergi bekerja.

Justeru, beliau mengemukakan beberapa cadangan termasuk membersihkan longkang tersumbat dan sungai yang dipenuhi daun, ranting serta sampah.

Kata beliau, Johor Bahru perlu mewujudkan sistem perparitan yang lebih sistemik dan semua pembangunan melibatkan perumahan, industri dan pusat data mesti diteliti.

Tambah beliau, tebatan banjir pula tidak boleh bergantung kepada solusi kejuruteraan sahaja, sebaliknya memastikan solusi berasaskan alam semulajadi.

Ujar beliau, semua ADUN dan Ahli Parlimen Johor perlu menduduki jawatankuasa bencana alam di peringkat daerah.

“Bangsa Johor berhak mengetahui sejauh mana kesungguhan dan komitmen BN mengatasi banjir berikutan kegagalannya berbuat demikian.

“Pengimbang cuba membantu kerajaan dengan mengemukakan pelbagai cadangan untuk menangani isu penting ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liew Chin Tong

Tags: BanjirJohorLiew Chin TongMasalah BesarPengarah Strategik DAPRakyatTimbalan Menteri Kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd