• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik permulaan kepada usaha penyatuan politik Melayu dan Islam menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN) 2.0 atau Rumah Bangsa.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata inisiatif yang dicadangkan Timbalan Presiden PAS berhubung pembentukan MN 2.0 merupakan satu langkah strategik yang wajar diberi perhatian.

Menurutnya, UMNO pula mengetengahkan gagasan Rumah Bangsa yang pada asasnya mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu mewujudkan muafakat dan penyatuan antara parti-parti Melayu serta Islam, khususnya melibatkan UMNO dan PAS atau BN dan PN.

“Pada saya, nama tidak penting. Jika ada persetujuan antara UMNO dan PAS, gunakanlah nama Rumah Bangsa atau Musyawarah Nasional yang pernah diutarakan oleh UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Annuar turut mencadangkan formula pembahagian kerusi sekiranya kerjasama politik itu dapat direalisasikan.

Beliau berpandangan bahawa Johor yang dianggap kubu UMNO boleh menyaksikan UMNO bertanding di sekitar 80 hingga 90 peratus kerusi majoriti Melayu, manakala PAS diberikan antara 10 hingga 20 peratus kerusi.

Sebagai timbal balas, katanya, di Kelantan yang merupakan kubu PAS, parti itu boleh bertanding di sekitar 80 hingga 90 peratus kerusi manakala UMNO diberikan antara 10 hingga 20 peratus kerusi untuk ditandingi.

Malah, beliau mencadangkan supaya PRN Johor dan Kelantan dipertimbangkan untuk diadakan secara serentak bagi mengukuhkan semangat kerjasama antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Annuar menegaskan bahawa pandangan tersebut hanyalah lontaran peribadinya dan tidak mewakili pendirian rasmi PAS atau UMNO.

“Yang penting, orang Melayu dan Islam serta parti-parti mereka perlu bermuafakat dan tidak berpecah. Pemimpin mesti berani meneroka ruang kerjasama berdasarkan persamaan matlamat serta mengetepikan perbezaan dan pengalaman lalu,” katanya.

Beliau berkata penyatuan yang diimpikan itu berpotensi membentuk Muafakat Nasional 2.0 yang lebih kukuh demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

“Kita sama-sama berdoa agar penyatuan Melayu dan Islam benar-benar dapat dibina dengan izin Allah SWT,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tan Sri Annuar Musa

Tags: Ahli Jawatankuasa PAS PusatformulaJohorKelantanMuafakat Nasional (MN) 2.0PASpengagihan kerusiPRNRumah BangsaTan Sri Annuar Musa.UMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd