• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – “Alhamdulillah, letaklah jawatan”. Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan oleh Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming.

Kor Ming mendakwa mahu melepaskan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kor Ming mendakwa perkara itu adalah ‘garis merah’ DAP sambil menegaskan UMNO Johor telah berkali-kali menyuarakan secara terbuka hasrat supaya Najib dibebaskan lebih awal.

“Janganlah cakap besar sangat. Kalau dia nak letak jawatan, letaklah jawatan segera. Tidak ada masalah bagi kita,” kata Mohamad ketika ditemui pemberita semasa berkempen untuk calon BN Dun Simpang Jeram, Azman Ismail dan Dun Bukit Naning, Ghazali Sabari hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, dakwaan konon BN berdepan kesukaran mencapai kemenangan 40 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya di kawasan majoriti pengundi Cina sebagai subjektif.

Ujar beliau, BN sebaliknya memberi tumpuan kepada kempen yang berasaskan rekod pentadbiran kerajaan negeri serta usaha meneruskan pembangunan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar.

Beliau berkata, Johor malah berada pada kedudukan terbaik dari segi penerimaan pelaburan asing, sekali gus dijangka meningkatkan hasil negeri dalam tempoh beberapa tahun akan datang. – MYNEWSHUB

Tags: AlhamdulillahDatuk Seri Mohamad HasanGaris Merahletak jawatanLetaklah jawatanNajib BebasNga Kor MingPRN JohorTimbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAPUMNO Johor
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden menyindir keputusan Anthony Loke Siew Fook yang...

Sepatutnya Ahmad Zahid Letak Jawatan, Bukan Anthony Loke – Naib Pengerusi DAP Johor

Sepatutnya Ahmad Zahid Letak Jawatan, Bukan Anthony Loke – Naib Pengerusi DAP Johor

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa sepatutnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd