• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Adakah Saya Kelihatan Risau?” – PM Anwar Ulas PRN Johor

oleh Mynewshub
04/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Adakah Saya Kelihatan Risau?” – PM Anwar Ulas PRN Johor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bimbang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan kerana fokus utamanya adalah terhadap tanggungjawab mentadbir negara.

Ketika ditanya sama ada PRN Johor akan mengganggu pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Anwar berkata beliau tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang merisaukan.

“Adakah saya nampak risau? Saya tumpukan kepada tugas saya. Kita harus fokus kepada kerja,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Energy Transition Conference (ETCon) 2026 hari ini.

Mengulas sama ada PRN Johor wajar diadakan, Anwar berkata perkara itu merupakan hak dan keputusan kerajaan negeri untuk menentukannya.

“Itu keputusan mereka. Kita ada keutamaan iaitu fokus kepada kerja kita,” katanya.

Terdahulu, Anwar menghadiri dan merasmikan Energy Transition Conference (ETCon) 2026 yang menghimpunkan pemain industri tenaga dari dalam dan luar negara.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan masa hadapan sektor tenaga global memerlukan anjakan pemikiran serta keberanian untuk meneroka penyelesaian baharu.

Menurut beliau, ia terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan bekalan tenaga susulan konflik berpanjangan di Timur Tengah.

Ujar beliau, dunia tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada bahan api fosil dan perlu mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga baharu.

Beliau mengulangi komitmen Malaysia untuk menjayakan ASEAN Power Grid yang disifatkan sebagai inisiatif penting dalam memperkukuh kerjasama serantau. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimJohorPerdana Menteripilihan raya negeriPRNTidak Risau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kembali Disegani, Kepimpinan PM Anwar Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

Malaysia Kembali Disegani, Kepimpinan PM Anwar Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia kembali disegani dunia di bawah kepimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua...

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

03/06/2026
0

SEDANG berlegar naratif konon Barisan Nasional (BN) Johor akan "berkawan semula" dengan Pakatan Harapan (PH) jika BN Johor menang dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd