• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘A,B,C,D,GLC’ Jadi Bahan Sindiran Menjelang PRN Johor

oleh Mynewshub
02/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘A,B,C,D,GLC’ Jadi Bahan Sindiran Menjelang PRN Johor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP berdepan gelombang sindiran baharu di media sosial apabila frasa ‘A,B,C,D,GLC’ menjadi bahan jenaka orang ramai susulan kontroversi tawaran jawatan badan berkanun kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim.

Frasa tersebut diilhamkan daripada lagu ‘A,B,C,D,GST’ yang pernah menjadi simbol kritikan politik DAP terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.

Antara komen daripada pengguna Facebook, Raihan Ishak yang menulis, “ABCDGST…..ini kali lah…jgn bg 1 inci undi pun pada parti D4P.”

Seorang lagi pengguna, Mohd Nazmi Mohd Noah menulis, “ABCD GLC..hahaha, jangan lupa itu ye nyonya.”

Turut menyertai sindiran tersebut ialah Azian Ahmad yang menulis, “Nak request satu lagu boleh..lama sudah tak dengar ABCDGST….please!!!!!”

Kontroversi itu tercetus selepas Marina mendedahkan beliau pernah ditawarkan jawatan pengerusi badan berkanun sekiranya bersetuju bertanding di kerusi lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching kemudiannya mengesahkan tawaran berkenaan memang pernah dibuat, namun menegaskan ia bukan ganjaran politik, sebaliknya bertujuan memastikan pengalaman dan kebolehan Marina terus dapat dimanfaatkan.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut tidak menghalang netizen daripada menjadikan isu itu sebagai bahan sindiran dengan ‘ABCD-GLC’ dilihat kerap diungkap di media sosial.

Bagi pengkritik DAP, slogan baharu itu mencerminkan dakwaan wujud percanggahan antara kritikan parti tersebut terhadap amalan politik lama dengan tindakan yang didakwa berlaku dalam parti berkenaan.

Dalam masa sama, penyokong DAP berpendapat isu tersebut telah dimanipulasi oleh pihak lawan untuk tujuan politik.

Apa pun hujah kedua-dua pihak, satu perkara yang jelas DAP kini berdepan satu lagi slogan yang berpotensi menghantui parti itu menjelang PRN Johor iaitu ‘A,B,C,D,GLC’ – MYNEWSHUB

Tags: ABCDGLCABCDGSTbadan berkanunDAPGLCPRN JohorTawaran Jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Johor Dibubar Berkuat Kuasa Hari Ini, PRN Johor Bakal Berlangsung

DUN Johor Dibubar Berkuat Kuasa Hari Ini, PRN Johor Bakal Berlangsung

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk.Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 dibubarkan berkuat kuasa hari...

Presiden Pas Abdul Hadi Ulas Mengapa Batal Kerjasama Dengan DAP

Presiden Pas Abdul Hadi Ulas Mengapa Batal Kerjasama Dengan DAP

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas membatalkan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd