• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

oleh Mynewshub
11/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Istana Besar Johor hari ini amat besar ertinya kepada seluruh keluarga besar UMNO dalam memperingati detik bersejarah penubuhan UMNO di Johor pada 11 Mei 1946.

UMNO dalam satu kenyataan media turut merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan bagi sesi fotografi rasmi di Tangga Agung Istana Besar Johor yang merupakan lokasi bersejarah penyatuan Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Daripada semangat perjuangan dan penyatuan itulah lahirnya UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa yang kemudiannya menjadi tunjang utama kepada kemerdekaan serta pembentukan negara yang berdaulat.

“Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 ini bukan sekadar mengimbau sejarah perjuangan lampau, tetapi menjadi peringatan kekuatan sesebuah bangsa terletak pada kesatuan rakyat, kestabilan negara dan kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan rasmi UMNO tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

UMNO seterusnya menyatakan selepas lapan dekad parti itu komited untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air serta mempertahankan asas-asas utama yang membentuk negara ini.

UMNO turut merafak sembah menjunjung kasih atas naungan, kebijaksanaan dan keprihatinan institusi Raja-Raja Melayu yang sentiasa menjadi tonggak perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

“UMNO ambil maklum keberkesanan pendaftaran ahli baharu secara atas talian yang mencatatkan jumlah ahli baharu selepas 20 hari dilancarkan yang mencecah 16,867 ahli dan 71 peratus daripadanya adalah di kalangan anak muda,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Tags: Istana Besar JohorJunjung kasihKeberangkatanPemangku Sultan JohorSambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80Sultan IbrahimTangga SelatTunku Mahkota IsmailUMNOYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

“Segala Puji Bagi Allah..” – Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail

“Segala Puji Bagi Allah..” – Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd