• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Anugerah SAM-100 PLUS 2025.

Baginda yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut atas kepimpinan progresif serta visi luar biasa dalam memacu pembangunan sukan di negeri Johor.

Laman Facebook Johor Southern Tigers berkata, pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan baginda mentransformasikan landskap sukan Johor menerusi pendekatan moden, profesional dan bertaraf antarabangsa.

Tansformasi tersebut membolehkan Johor muncul antara kuasa sukan paling berpengaruh di negara ini dan di peringkat Asia.

“Usaha Baginda juga melangkaui sukan bola sepak apabila turut memberi perhatian terhadap pembangunan sukan lain di Johor seperti ragbi, badminton, sukan permotoran.

“Termasuk juga pembinaan infrastruktur bertaraf dunia seperti Stadium Sultan Ibrahim serta pengilhaman pusat belia (TMIYC) dan Khabib Gym,” kata Johor Southern Tigers.

Sementara itu, Naib Presiden SAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah SAM-100PLUS 2025, Mohd Hazreen Nor Mubarak berkata, pendekatan holistik dan berpandangan jauh Tunku Mahkota Ismail menjadikan Johor sebagai contoh terbaik ekosistem sukan moden di Malaysia.

“Penganugerahan Tokoh Kepimpinan Sukan ini adalah penghargaan terhadap dedikasi, kepimpinan dan impak besar baginda dalam memperkasakan pembangunan sukan Johor serta mengangkat imej negeri berkenaan di persada antarabangsa,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Anugerah SAM-100 PLUS 2025Anugerah Tokoh Kepimpinan SukanJohor Darul Ta’zim (JDT)Pemangku Sultan JohorTunku Mahkota Ismail
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Empat Pegangan Hidup, Utamakan Kesihatan, Ketenangan, Pemikiran Yang Tajam Dan Matlamat

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Empat Pegangan Hidup, Utamakan Kesihatan, Ketenangan, Pemikiran Yang Tajam Dan Matlamat

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkongsi empat prinsip yang menjadi pegangan baginda dalam menjalani kehidupan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd