• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Masjid Bandar Tiram, Tunai Solat Jumaat Bersama Penduduk

oleh Mynewshub
08/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Masjid Bandar Tiram, Tunai Solat Jumaat Bersama Penduduk
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Bandar Tiram, Johor Bahru sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Tunku Mahkota Ismail dan adinda kemudian berkenan menunaikan Solat Jumaat bersama jemaah di masjid berkenaan.

Masjid yang tersergam indah dengan inspirasi fasad seni bina ikonik Masjid Sultan Abu Bakar itu telah siap sepenuhnya pada 27 Ogos 2025.

Masjid Bandar Tiram merupakan masjid ke-7 di bawah Rangkaian Masjid An-Nur yang mampu menampung sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid itu direka bukan sekadar sebagai pusat ibadah, malah berfungsi sebagai hub aktiviti komuniti yang inklusif merangkumi pusat perkongsian ilmu, perpaduan, dan kebajikan masyarakat setempat. – MYNEWSHUB

 

Tags: johor bahruMasjid Bandar TiramPemangku Sultan Johorperasmiansolat JumaatTunku Mahkota Ismail
Share212Tweet133SendShare

Related Posts

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pelakon yang juga aktivis politik Barisan Nasional (BN), Shahrol Shiro menyindir Pakatan Harapan (PH) 'banyak makan semut'...

TMJ Bangkit Projek Johor Tersangkut Sejak 2018, “Jangan Tanya PH” – PM Anwar

TMJ Bangkit Projek Johor Tersangkut Sejak 2018, “Jangan Tanya PH” – PM Anwar

23/06/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail membangkitkan beberapa isu termasuk berkenaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd