• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju bagi tujuan pembangunan kediaman dan pembangunan bercampur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, perkara itu telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)

“JWP telah menerima kunjungan serta taklimat daripada pasukan SPRM yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berhubung hasil siasatan terhadap proses pemberimilikan kolam takungan banjir kepada pemaju bagi tujuan pembangunan kediaman dan pembangunan bercampur.

“Hasil siasatan SPRM mendapati tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa ditemui di dalam proses pemberimilikan serta perintah pembangunan yang diberikan oleh DBKL kepada pemaju,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari Ini.

Hannah berkata, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap semua proses pemberimilikan dan Perintah Pembangunan melalui semakan dokumen serta rakaman keterangan saksi-saksi terlibat termasuk daripada pihak pemaju.

Menurut beliau, SPRM juga memaklumkan telah mengadakan lawatan ke tapak kawasan kolam takungan banjir tersebut dan juruukur yang dilantik telah mengesahkan tiada sebarang pencerobohan sempadan berlaku oleh pihak pemaju.

Katanya, SPRM namun mengemukakan surat kepada DBKL sebagai peringatan agar semua kelulusan pembangunan pada masa hadapan mengambil kira risiko dan fungsi kolam takungan banjir serta melalui proses penilaian yang lebih ketat.

“SPRM juga memuji tindakan DBKL yang menghentikan serta-merta semua kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan pembangunan baharu di kawasan kolam takungan banjir,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hannah Yeoh

 

Tags: DBKLHannah YeohKolam Takungan BanjirMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)pemajupemberimilikanSPRMTiada Unsur Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd