• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata, sebaliknya perlu diberikan kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Menurut beliau, kerajaan tetap komited membantu Melayu dan Bumiputera, namun dalam masa sama tidak boleh mengetepikan nasib rakyat lain yang turut hidup susah dan memerlukan pembelaan.

“Tapi tak bolehkah kita dalam negara ini, sementara kita mahu membantu anak Melayu dan anak Bumiputera, kita juga fikir tentang semua anak kita yang susah, yang miskin, yang memerlukan bantuan?” katanya ketika berucap pada program Wacana Harmoni Madani hari ini.

Beliau berkata, selepas hampir 70 tahun merdeka, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkasa Bumiputera dan dakwaan bahawa orang Melayu terus dipinggirkan secara keseluruhan adalah tidak tepat.

Namun, beliau mengakui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbetulkan termasuk isu rasuah, ketirisan dan penyalahgunaan kekayaan negara.

“Kita dah hampir 70 tahun merdeka. Kita dah berikan sebaiknya dan tak boleh kalau orang Melayu kita kata dipinggirkan. Tak betul. Tapi kita juga kena terima kelemahan-kelemahan. Berapa puluh bilion ringgit saham, berapa banyak yang dilesapkan, berapa banyak rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru rakyat supaya menghentikan politik kebencian dan perpecahan kaum yang menurutnya hanya merugikan negara dan mahu wacana masyarakat berubah daripada perbalahan kepada semangat ihsan, hormat dan kemanusiaan.

“Tak bolehkah wacana kita itu berubah? Daripada pisah-pisah kepada kasih, kepada Madani ihsan, kepada hormat, kepada kemanusiaan. “It’s time that we Malaysians decide enough of this politics of hate and discord”,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyifatkan dakwaan oleh kelompok minoriti bahawa Bumiputera tidak diberi layanan sewajarnya sebagai sesuatu yang aneh kerana kerajaan sentiasa meneruskan pelbagai program khusus bagi membantu golongan tersebut.

“Saya fikir pun aneh juga. Saya juga anak Bumiputera. Saya menyokong program-program untuk membantu Bumiputera,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: anakbantuanbumiputeraDatuk Seri Anwar IbrahimKaumMelayuPerdana Menteri
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd