• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

oleh Mynewshub
20/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja dan mempersoalkan bidang kuasa raja.

Menurut beliau, pemimpin DAP dengan nada angkuh didakwa ‘mengisytihar’ tidak akan tunduk pada titah raja dan hanya akan patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Sejak mereka ada kuasa, sedikit demi sedikit mereka cuba mengubah kepercayaan dan kehidupan kita demi untuk mencapai matlamat politik mereka.

“Jika diperhatikan dari dulu hingga kini, semua aspek 3R (Religion, Race, Royal) telah dan sedang dimainkan oleh DAP,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Beliau turut menyenaraikan 18 isu-isu kontroversi pemimpin DAP yang dianggap menyentuh aspek 3R dalam hantaran tersebut.

Afnan Hamimi seterusnya mempersoalkan mengapakah tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap pemimpin DAP terbabit.

“Bayangkan kalau tindakan-tindakan ini dilakukan oleh pemimpin Pas, sudah tentu seawal jam 3 pagi sudah dikutip. Jam 9 pagi esoknya sudah didakwa di mahkamah,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Afnan Hamimi Taib Azamudden

Tags: Afnan Hamimi Taib AzamuddenangkuhbiadapCuba UbahDAPketua pemuda PASKuasa RajaTitah Raja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd