MELAKA – Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Wanita Keadilan Cabang Kota Melaka,
Zubaidah Ali berkata, seluruh kepimpinan PKR Cabang Kota Melaka turut kekal menyokong Anwar yang juga Presiden PKR.
“Saya Hjh Zubaidah Binti Ali Ketua Wanita Keadilan Cabang Kota Melaka bersama seluruh kepimpinan kekal menyokong PMX!!
“Dalam politik, hari ini kawan esok jadi lawan. Hari ini lawan lusa dah jadi kawan. Kena cekal dan tahan, jika tak kejap-kejap ubah fikiran,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Timbalan Ketua Cabang PKR Kemaman, Mohd Afandi Muhammad baru-baru ini mengumumkan keluar daripada parti berkenaan pada Khamis.
Menurutnya, beliau merasakan hala tuju dan landasan perjuangan parti itu ketika ini dilihat sudah tidak lagi selari dengan prinsip asal yang diperjuangkannya sebelum ini.
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran, Razeef Rakimin turut mengumumkan peletakan kesemua jawatannya dalam parti itu.
Sebelum ini, lapan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan keluar PKR.
Mereka menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Perdana Menteri. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hjh Zubaidah Ali


