• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PHM Kongsi Panduan Tangani Situasi Individu di Tebing Tinggi – “Jaga Jarak, Jangan Sentuh Secara Mengejut”

oleh Mynewshub
02/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PHM Kongsi Panduan Tangani Situasi Individu di Tebing Tinggi – “Jaga Jarak, Jangan Sentuh Secara Mengejut”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Public Health Malaysia (PHM) tampil berkongsi panduan penting kepada orang awam mengenai cara bertindak sekiranya berdepan situasi seseorang yang berada di lokasi berisiko seperti tebing tinggi.

Menurut hantaran di media sosial, PHM menegaskan bahawa tindakan orang sekeliling boleh menjadi faktor penentu dalam keadaan kritikal sebegitu.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menjerit, mencabar atau mengerumuni individu tersebut seolah-olah menyaksikan kejadian sensasi.

Sebaliknya, langkah pertama yang perlu diambil ialah segera menghubungi talian kecemasan 999 dengan memberikan maklumat lengkap termasuk lokasi tepat, mercu tanda berhampiran serta keadaan individu berkenaan.

“Jangan jerit. Jangan cabar. Jangan ramai-ramai kepung seolah-olah sedang tengok kejadian viral,” kata PHM.

PHM turut menasihatkan agar hanya seorang individu yang tenang dipilih untuk berkomunikasi. Perbualan perlu dilakukan dengan suara perlahan, ayat ringkas dan nada yang tidak menghukum.

Antara pendekatan disarankan termasuk menggunakan ayat sokongan seperti menyatakan kehadiran, kesediaan mendengar serta mengajak individu berkenaan untuk bertenang dan menjauh sedikit dari kawasan berbahaya.

“Pilih orang yang paling tenang. Suara mesti perlahan, ayat mesti pendek, nada mesti tidak menghukum,” ujar PHM.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan supaya tidak memberi ceramah panjang atau menyentuh isu sensitif ketika individu berada dalam keadaan krisis, kerana ia boleh memburukkan keadaan.

“Jangan beri ceramah panjang. Jangan debat tentang dosa, keluarga, agama atau masa depan ketika dia sedang berada dalam krisis. Pada saat itu, fikirannya mungkin terlalu sempit untuk menerima nasihat panjang,” tambah PHM.

Selain itu, aspek keselamatan turut ditekankan termasuk menjaga jarak, tidak menyentuh secara mengejut serta tidak mengepung individu tersebut.

“Jaga jarak. Jangan sentuh secara mengejut. Jangan serbu dari belakang. Jangan buat dia rasa dikepung,” kata PHM lagi.

PHM menegaskan bahawa situasi tidak berakhir sebaik sahaja individu berjaya diselamatkan, sebaliknya mereka masih memerlukan penilaian lanjut, sokongan emosi dan perlindungan berterusan.

Orang ramai juga boleh mendapatkan sokongan emosi melalui Talian HEAL 15555 bagi membantu mereka yang memerlukan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Public Health Malaysia

Tags: nasihatorangPanduanPHMPublic Health Malaysiatebing tinggi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali Dipanggil Overkill: “Amarah, Dendam, Panik, Obsesi Atau Hilang Kawalan”

Tikam 61 Kali Dipanggil Overkill: “Amarah, Dendam, Panik, Obsesi Atau Hilang Kawalan”

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Dalam psikologi forensik, pembunuhan individu dengan tikaman sebanyak 61 kali dipanggil sebagai 'overkill'. Public Health Malaysia (PHM)...

‘Dengar Tu PMX, Nasihat Dari Ramanan Jangan Salah Pilih Menteri’ – Rafizi

‘Dengar Tu PMX, Nasihat Dari Ramanan Jangan Salah Pilih Menteri’ – Rafizi

06/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli secara sinis meminta Perdana Menteri mendengar nasihat Naib Presiden Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd