• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Pas Pertahan Kenyataan Abdul Hadi Nilai Semula Hubungan Dengan Bersatu

oleh Mynewshub
25/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Parti Pas Pertahan Kenyataan Abdul Hadi Nilai Semula Hubungan Dengan Bersatu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden Pas, Tan Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menilai semula hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan dibuat secara tiba-tiba atau bersifat emosional.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, kenyataan itu lahir hasil penelitian dan analisis Pas sejak empat hingga lima bulan lalu susulan kemelut dalaman Bersatu.

Menurut beliau, ia khususnya konflik melibatkan kepimpinan Bersatu dengan kumpulan ‘Team Reset’ yang dikaitkan dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, kenyataan Abdul Hadi juga bukan berbentuk ‘titah individu’ seperti didakwa pihak tertentu, sebaliknya diputuskan menerusi beberapa siri perbincangan rasmi parti.

“Kenya­taan tersebut dibuat selepas melalui lebih lima mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat serta dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas dan Dewan Harian Pas Pusat pada 18 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari Ini.

Ahmad Fadhli turut membidas dakwaan yang menyamakan proses syura Pas dengan sistem “mullah” di Iran, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai gagal memahami struktur sebenar PAS.

“Pas bukan parti milik individu. Presiden tidak boleh sesuka hati membuat keputusan tanpa melalui mesyuarat Majlis Syura Ulama, Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

“Malah, kenyataan Abdul Hadi sendiri lahir selepas beberapa siri mesyuarat rasmi parti,” katanya.

Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) turut tampil mempertahankan Abdul Hadi dengan menegaskan mengenai pendekatan taawun siyasi dalam Perikatan Nasional (PN)

DUPP menegaskan pendekatan Taawun Siyasi Pas bersifat lebih longgar dan tidak terikat dengan syarat ketat sebagaimana konsep Tahaluf Siyasi yang pernah diamalkan.

“Kerjasama politik yang digerakkan mesti dalam kerangka amar makruf dan nahi munkar selain meletakkan kepimpinan teras dalam kalangan Melayu-Islam sebagai bangsa teras dalam negara,” katanya.

Sehubungan itu, DUPP meminta semua pihak melihat kenyataan Presiden PAS secara positif dan selari dengan konsep Taawun Siyasi yang memberi ruang kepada kerjasama lebih fleksibel demi menghadapi pilihan raya akan datang. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari/Dewan Ulamak Pas Pusat

Tags: hubunganparti bersatuPresiden PASTan Seri Abdul Hadi Awang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

Bukan Kekurangan Hasil, Tapi Bebal dan Bangang – Hadi Awang

Bukan Kekurangan Hasil, Tapi Bebal dan Bangang – Hadi Awang

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa masalah yang berlaku ketika ini bukan berpunca daripada kekurangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd