• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

oleh Mynewshub
24/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul Piala Malaysia 2025/26.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan Johor bersetuju untuk Hari Cuti Peristiwa pada Isnin ini atas perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Sesungguhnya, kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan para penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan, dalam suka dan duka, di setiap perlawanan, di setiap musim,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu, Onn Hafiz berkata, beliau bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada JDT menjuarai Piala Malaysia 2025/26 selepas menewaskan Kuching City FC dengan kemenangan 2-0.

Menurutnya, beliau menjunjung kasih ke atas Tunku Mahkota Ismail atas kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan baginda dalam memartabatkan bola sepak Johor.

Menurut beliau, hasil usaha Tunku Mahkota Ismail sehingga JDT terus menjadi kebanggaan bukan sahaja di peringkat negara, malah di persada dunia.

Terima kasih juga kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pasukan dan seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan yang cukup membanggakan ini,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: 25 MeiDatuk Onn Hafiz GhaziHari Cuti PeristiwaJDTJohor Darul Ta’zimJuara Piala Malaysiamenteri besarTunku Mahkota Ismail
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura

03/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, Dr Vivian Balakrishnan...

Tunku Mahkota Ismail Ketuai Royal Johor Pada Johor Super Crown Polo Tournament 2026

Tunku Mahkota Ismail Ketuai Royal Johor Pada Johor Super Crown Polo Tournament 2026

29/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bakal mengetuai pasukan Royal Johor pada kejohanan polo berprestij antarabangsa Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd