• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

oleh Mynewshub
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Festival Muzik Air Rain Rave 2026 selamat tiga hari di Bukit Bintang terbukti bukan sekadar sebuah festival muzik, tetapi perayaan bandar yang dikongsi bersama.

“Melihat semua orang menikmati setiap detik merupakan satu kepuasan yang amat bermakna bagi saya.

“Ke hadapan, kami akan terus berusaha membawakan lebih banyak program yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, King Sing berkata, Festival Muzik Air Rain Rave 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan beliau mengucapkan penghargaan kepada setiap individu yang hadir memberi sokongan.

“Sama ada rakyat tempatan mahupun pelancong, kehadiran dan semangat anda semua benar-benar menghidupkan suasana.

“Menjadikan Bukit Bintang dipenuhi muzik, gelak tawa dan tenaga sepanjang beberapa malam ini,” katanya.

Sementara itu, MOTAC dalam satu hantaran di media sosial mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana memberi sokongan luar biasa terhadap festival berkenaan.

‘Matlamat kita satu memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai destinasi yang selamat, teratur dan meyakinkan buat pelancong dunia,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato’ Seri Tiong King Sing/Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Tags: Datuk Seri Tiong King SingDBKLDewan Bandaraya Kuala LumpurFestival Muzik Air Rain Rave 2026Menteri Pelancongan
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT

Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Anda boleh memilih cara hidup anda, tetapi jangan menilai orang lain seolah-olah anda lebih suci daripada mereka....

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd