• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kita Kena Pertahankan Kerajaan Ini Demi Rakyat’ – Mohamad Sabu

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Kita Kena Pertahankan Kerajaan Ini Demi Rakyat’ – Mohamad Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh pimpinan dan penyokong Kerajaan Perpaduan supaya terus mempertahankan kerajaan sedia ada demi kestabilan negara serta kebajikan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, semua pihak perlu bekerja lebih keras bagi memastikan gabungan kerajaan mampu mencatat keputusan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)

“Kita kena pertahan kerajaan ini. Kita kena bekerja lebih keras dan pastikan pada PRU-16 nanti kita mampu menambah kerusi serta terus memerintah Malaysia demi rakyat dan negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, Kerajaan Madani sentiasa berhati-hati dalam setiap keputusan berkaitan harga barang dan kos sara hidup rakyat.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah sangat mengambil berat soal kenaikan harga barang terutama melibatkan keperluan asas rakyat.

“Isu subsidi ayam dan telur ayam contohnya dibincangkan berkali-kali supaya rakyat tidak terbeban. Alhamdulillah setakat ini harga makanan di Malaysia masih terkawal dan jauh lebih baik berbanding banyak negara lain,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya kerajaan mesti terus bekerjasama dengan petani, penternak, nelayan dan seluruh pemain industri makanan demi memastikan bekalan negara kekal stabil dan harga terus mampu dinikmati rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

 

 

Tags: Datuk Seri Mohamad Sabukerajaan perpaduanPertahankanPRU16
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

22/06/2026
0

MUAR - Pakatan Harapan (PH) memberi amaran supaya hanya parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya, manakala pihak yang tidak...

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd