• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Madani Mewarisi Hutang Negara Yang Sangat Besar – Afdlin Shauki

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Madani Mewarisi Hutang Negara Yang Sangat Besar – Afdlin Shauki
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki menyifatkan usaha memperbaiki negara perlu mengambil masa kerana Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mewarisi hutang negara yang sangat besar.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa itu berkata, Kerajaan Madani malah berdepan pelbagai masalah seperti perang, ekonomi global yang tidak menentu serta kos sara hidup meningkat ketika ini.

Justeru, katanya, menjadi kerajaan hari ini bukan kerja glamour yang boleh nampak hasil dalam tempoh singkat, sebaliknya membaiki semula negara akan mengambil masa dengan langkah yang tidak selalunya popular.

“Politik ni sebenarnya bukan dunia yang mudah. Dari luar, ramai nampak macam semua benda boleh diubah dengan cepat. Dulu, masa kami jadi pembangkang pun, kami fikir macam tu juga. Kami ingat bila dapat kuasa, banyak benda boleh terus selesai. Reformasi sedang berkerja.

“Tapi bila dah berada dalam kerajaan, baru kita faham banyak perkara rupanya lebih rumit daripada yang kita sangka. Banyak keputusan kena fikir panjang. Banyak benda melibatkan ekonomi negara, pelaburan, pekerjaan rakyat, kestabilan negara dan macam-macam lagi,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Afdlin bagaimanapun berpandangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih pilihan terbaik untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik kerana perjuangannya didakwa masih sama dan utuh seperti dulu.

Dakwa beliau, rakyat masih menjadi nombor satu dan keadilan masih jadi asas, manakala Anwar masih membawa niat yang sama iaitu membina Malaysia yang lebih baik, bersih dan bermaruah.

“Kami masih mahu belajar, masih mahu berubah, masih mahu mendengar dan masih mahu cuba sedaya upaya untuk meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Politik perjalanan yang panjang. Kadang-kadang yang paling kuat bukan yang paling bising, tetapi yang paling sabar,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Afdlin Shauki

Tags: Datuk Afdlin ShaukiDatuk Seri Anwar IbrahimKerajaan MadaniKetua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) SetiawangsaMewarisi Hutang NegaraPelakon dan pelawakPerdana Menteri
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina

Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kerajaan Madani akan terus melaksanakan agenda reformasi institusi secara tersusun dan berterusan bagi memperkukuh institusi demokrasi negara serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd