• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalam Kehidupan Mesti Ada Semangat Tolak Ansur – PM Anwar

oleh Mynewshub
16/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Dalam Kehidupan Mesti Ada Semangat Tolak Ansur – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya memiliki semangat tolak ansur apabila berbicara tentang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)

Bagaimanapun, tegas beliau, perkara membabitkan Bahasa Melayu dan sejarah negara tiada tolak ansur dalam laluan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)

“Dalam kehidupan kita ini mestilah ada semangat tolak-ansur. Yang kita tidak boleh tolak-ansur apa? bahasa. Mahu duduk di Malaysia, penguasaan bahasa harus kekal.

“Mahu menjadi rakyat Malaysia, mesti faham sejarah kita. Perlembagaan negara, sejarah kemerdekaan, sejarah perjuangan yang lalu.
Jadi inilah sebab mengapa akhirnya kita putuskan untuk meletakkan syarat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 hari ini.

Terdahulu, Anwar menegaskan situasi semasa membabitkan UEC telah berubah apabila lebih 80 peratus pelajarnya mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

Menurutnya, keadaan membabitkan pimpinan guru sekolah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) juga berbeza berbanding puluhan tahun lalu.

Jelas beliau, ketika perbincangan mengenai kelulusan UEC dimulakan kira-kira 40 tahun lalu semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan, kerajaan berdepan kesukaran.

Katanya, sekolah-sekolah Cina ‘independen’ ketika itu dianggap terpisah daripada landasan pendidikan kebangsaan, malah pemimpin-pemimpin guru tersebut enggan berbicara sepatah dalam Bahasa Melayu.

“Ketua Pengarah Pendidikan masa itu membisik kepada saya, ‘Anwar, minta maaf. Saya terpaksa keluar dari majlis ini. Saya tidak dapat tahan sikap sedemikian’,” katanya.

Perdana Menteri namun menegaskan keadaan kini berubah apabila wakil-wakil persatuan pendidikan Cina menggunakan Bahasa Melayu dalam pertemuan bersama kerajaan.

“Bila kita luluskan peraturan ini, kita letakkan syarat mesti lulus atau mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mereka mendapat ruang pergi ke universiti (awam),” katanya.

Anwar berkata, syarat sama turut dikenakan kepada pelajar sekolah antarabangsa, maahad tahfiz dan sekolah Arab yang sebelum ini tidak memberi penekanan kepada Bahasa Melayu serta Sejarah.

“Kita berikan syarat yang sama. Itu sebabnya mengapa kita buat keputusan sekali lagi, (tetapi) jadi perbahasan politik,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Badan ProfesionalbahasaDatuk Seri Anwar IbrahimIPTAkursusPerdana MenteriUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

Jamal Yunos Gesa UMNO Keluar Kerajaan Madani Jika UEC Diiktiraf, Beri Kesan Negatif

Jamal Yunos Gesa UMNO Keluar Kerajaan Madani Jika UEC Diiktiraf, Beri Kesan Negatif

16/05/2026
0

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar menggesa UMNO meninggalkan Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd