• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Madani Memahami Denyut Nadi Rakyat – PMX Anwar

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Madani Memahami Denyut Nadi Rakyat – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Kerajaan Madani memahami denyut nadi rakyat.

Menurut beliau, Kerajaan Madani malah memahami keadaan rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Justeru, katanya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam mendengar pembentangan dalam merungkai krisis rantaian bekalan global yang kian menekan.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK),” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Anwar berkata, atas pertimbangan tersebut, kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif Budi Madani: Budi Agri-Komoditi secara bersasar.

Jelas beliau, ia demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Kata beliau, dalam aspek menjamin kesihatan rakyat secara keseluruhan, bekalan ubat di negara ini masih stabil.

Jelasnya, KKM akan terus memantau dengan rapi sebarang cabaran rantaian stok mahupun harga bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Apa jua cabaran mendatang, Kerajaan Madani akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDenyut NadiglobalKenaikan kosKerajaan MadaniMemahamiPerdana MenteriRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

Puad Zarkashi Saran PM Anwar Berhenti Guna Perkataan ‘Sakau’

Puad Zarkashi Saran PM Anwar Berhenti Guna Perkataan ‘Sakau’

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd