• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

oleh Mynewshub
25/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikembalikan serta-merta selepas mengambil kira kesulitan yang dihadapi pengguna.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli susulan laporan media mengenai penangguhan sementara perkhidmatan berkenaan.

Katanya, JPJ memaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengenai penyalahgunaan dan penipuan yang berlaku dalam sistem pertukaran hak milik sehingga menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung jabatan itu.

“JPJ telah memaklumkan kepada MOT berkenaan penyalahgunaan dan penipuan yang berlaku dalam sistem pertukaran hak milik yang menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ. Justeru, JPJ perlu membuat penambahbaikan sistem dalam talian pada kadar yang segera

“Namun, saya telah menasihati JPJ supaya memastikan kerja-kerja penambahbaikan sistem tidak mengganggu urusan harian pengguna biasa dan tidak menyebabkan kesesakan besar di pejabat-pejabat JPJ,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Anthony Loke berkata, JPJ bersetuju supaya sebarang penangguhan sistem bagi tujuan penambahbaikan hanya dilaksanakan semasa cuti panjang hujung minggu ini bagi mengurangkan kesan kepada orang ramai. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Anthony Loke Siew Fook

 

 

Tags: Anthony Loke Siew FookJabatan Pengangkutan JalanJPJMenteri PengangkutanPenipuanpertukaran hak milik kenderaanSistem Online
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd