• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadikan Johor Eksperimen Pilihan Raya, Kekalkan Kestabilan Dan Kemajuan

oleh Mynewshub
31/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Jadikan Johor Eksperimen Pilihan Raya, Kekalkan Kestabilan Dan Kemajuan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor menyeru rakyat supaya tidak menjadikan negeri itu sebagai medan eksperimen politik menjelang pilihan raya, sebaliknya terus mempertahankan kestabilan yang menjadi asas kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan yang dinikmati ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kestabilan politik yang wujud di Johor bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil kepimpinan yang jelas, pentadbiran yang teratur serta komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Menurut beliau, kestabilan telah membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai dasar pembangunan dengan lebih berkesan, menarik pelaburan baharu, memperkukuh ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Johor tidak memerlukan eksperimen politik yang berisiko menggugat kemajuan yang sedang dibina. Kestabilan yang ada perlu terus dipertahankan bagi memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan demi masa depan rakyat,” katanya.

Sementara itu, ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menyifatkan kestabilan politik sebagai kunci utama kejayaan “Cara Johor” yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi pertikaian politik.

Beliau berkata, kerjasama erat antara kerajaan kegeri dan Kerajaan Persekutuan telah membantu Johor mencatatkan rekod pelaburan tertinggi negara serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.

Menurutnya, pelaksanaan agenda strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) sedang memacu negeri itu ke arah status negeri maju menjelang 2030.

“Rakyat tidak mahu melihat pemimpin terus berpolitik. Mereka mahukan pekerjaan yang lebih baik, kemudahan yang sempurna dan masa depan yang lebih cerah. Sebab itu Johor memilih jalan kestabilan dan pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Israk Abdullah berkata, kejayaan sesebuah kerajaan perlu diukur melalui kerja dan penyelesaian masalah rakyat, bukannya sekadar janji politik.

Beliau berkata, pencapaian Johor sebagai negeri yang merekodkan pelaburan tertinggi negara perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat melalui penambahbaikan infrastruktur, bantuan kebajikan, pembangunan komuniti dan penyelesaian isu setempat.

Menurutnya, pelbagai masalah harian seperti jalan rosak, lampu jalan, longkang tersumbat, banjir kilat dan kemudahan awam memerlukan perhatian berterusan daripada wakil rakyat.

“Johor Cara Johor bukan sekadar slogan. Ia adalah pendekatan bekerja, turun padang, mendengar masalah rakyat dan memastikan setiap isu mendapat tindakan sewajarnya,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: ADUN SemerahBarisan NasionalBNeksperimenJohorKekalkan KestabilanKemajuanMohd Fared Mohd KhalidPilihan Raya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Marina Tarik Diri PRN Johor Selepas Ditawar Bertanding Kerusi Lain?

Marina Tarik Diri PRN Johor Selepas Ditawar Bertanding Kerusi Lain?

31/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mengesahkan Pakatan Harapan (PH) bercadang menempatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

PH Tekad Menang PRN, Mahu Pimpin Perubahan Di Johor – Dr Zaliha

PH Tekad Menang PRN, Mahu Pimpin Perubahan Di Johor – Dr Zaliha

31/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan tekad bukan sekadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd