• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Setia Keadilan P.100 Pandan Jadi Saksi Perjuangan Terus Hidup – Tengku Zafrul

oleh Mynewshub
24/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Himpunan Setia Keadilan P.100 Pandan Jadi Saksi Perjuangan Terus Hidup – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Perjuangan ini bukan milik individu. Ia milik semua yang mahukan perubahan nyata untuk Pandan dan Selangor”

Demikian kenyataan pemantau kerusi Parlimen Pandan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri itu berkata, kekuatan sebenar apabila rakyat dan pimpinan berganding bahu demi masa depan yang lebih baik.

“Maka teruskan melangkah. Teruskan bekerja. Bukan kerana ia mudah, tetapi kerana rakyat layak mendapat yang terbaik.

“Insya-Allah, dengan kesatuan dan semangat kebersamaan, lebih banyak yang boleh kita capai bersama,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata, bercakap dan menabur janji merupakan perkara mudah, namun yang paling sukar adalah melaksanakan tanggungjawab secara konsisten demi rakyat.

“Kita semua tahu bercakap itu mudah. Membuat janji itu mudah. Yang susah adalah melaksanakan tanggungjawab hari demi hari, dalam senyap, tanpa tepuk sorak, tanpa retorik, dengan fokus kepada keberhasilan untuk rakyat dari segi peluang dan pekerjaan.

“Itulah tanggungjawab sebenar yang kita pikul sebagai pemimpin dan pejuang rakyat dan itulah komitmen yang tidak boleh kita palingkan,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang hadir pada Himpunan Setia Keadilan P.100 Pandan.

Beliau berkata, kehadiran pimpinan, anak muda serta akar umbi membuktikan semangat perjuangan parti terus hidup dan mendapat sokongan rakyat.

“Bila semangat perjuangan bertemu kekuatan akar umbi, sesuatu yang luar biasa berlaku dan Pandan jadi saksinya semalam,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

 

Tags: pemantau kerusi Parlimen PandanPenasihat Politik Kanan kepada Perdana MenteriSaksi PerjuanganTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Kesal Jersi Jadi Isu Politik, Dakwa Kekal Sokong Liverpool

Tengku Zafrul Kesal Jersi Jadi Isu Politik, Dakwa Kekal Sokong Liverpool

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau bertukar...

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi sumbangan kepada Persatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd