• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Nafi Sertai Semula PH, “Berhati-hati Berita Golongan Fasiq” – Azmin

oleh Mynewshub
29/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bersatu Nafi Sertai Semula PH, “Berhati-hati Berita Golongan Fasiq” – Azmin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan parti itu akan kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan (PH)

Bersatu turut menolak dakwaan wujud sebarang pertemuan atau perbincangan antara pimpinan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tujuan membentuk semula kerjasama politik dengan PH.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan bertujuan mengelirukan rakyat serta menggugat perpaduan dalam blok pembangkang yang diterajui Perikatan Nasional (PN)

“Wahai rakyat Malaysia berhati-hati dengan penyata dan berita daripada golongan fasiq yang berkeliaran dan bergelandangan untuk memecahkan perpaduan dalam Bersatu dan PN.

“Jangan terpedaya dengan bisikan syaitan yang kejam dan jahat untuk menghalang kemaraan Bersatu. Berita golongan fasiq mesti diselidik dan ditentusahkan terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, dakwaan serta fitnah tersebut dipercayai datang daripada pihak tertentu yang cuba menutup kegagalan politik mereka, termasuk dakwaan berkaitan “Langkah Bangkok”

Mohamed Azmin berkata lagi, serangan berbentuk fitnah itu semakin meningkat kerana Bersatu didakwa semakin kukuh serta mendapat sokongan rakyat dan golongan profesional.

Beliau turut mendakwa jenama Bersatu semakin diterima rakyat berdasarkan pengalaman dan prestasi kepimpinan, termasuk di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan sama, Bersatu menegaskan pendirian parti untuk terus mempertahankan muafakat politik dalam PN. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Mohamed Azminkerajaan perpaduannafiparti bersatuSertai PH
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Tarik Balik Sokongan Sebelum Terlambat”

“Tarik Balik Sokongan Sebelum Terlambat”

04/09/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menggesa pucuk pimpinan UMNO menarik balik sokongan...

ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda DAP (DAPSY) Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd