• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Puji Asyraf Wajdi, Prestasi Mara Membanggakan

oleh Mynewshub
03/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anwar Puji Asyraf Wajdi, Prestasi Mara Membanggakan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kepimpinan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki atas prestasi cemerlang agensi itu yang disifatkan semakin membanggakan.

Menurut beliau, usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Asyraf Wajdi bersama pasukan Mara telah berjaya memperkukuh peranan agensi tersebut dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

“Terima kasih Saudara Asyraf Wajdi atas usaha yang dilakukan. Kerajaan akan memberikan segala dukungan bagi memastikan Mara terus diperkasa dan dimartabatkan,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun Mara di ibu negara hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa peranan Mara perlu sentiasa relevan dengan perubahan semasa, bukan sahaja berpegang kepada matlamat asal penubuhannya, tetapi juga memenuhi tuntutan zaman yang semakin mencabar.

Dalam masa sama, beliau memuji pendekatan kepimpinan Mara yang tidak sekadar mengimbau kejayaan lampau, sebaliknya berani menilai secara teliti kekuatan dan kelemahan organisasi.

Katanya, langkah tersebut penting dalam merangka garis panduan yang lebih jelas bagi meningkatkan keupayaan Mara agar kekal berdaya saing pada masa depan.

“Memilih untuk lebih teliti, cerakinkan isu, melihat kekuatan, kelemahan dan meletakkan garis panduan supaya dapat mengangkat keupayaan dan mertabat mara sesuai dengan tuntutan semasa dan juga tuntutan masa depan kita,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiDatuk Seri Anwar IbrahimPengerusi MaraPerdana Menteri
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd