• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Peratus Hasil Sabah Sepatutnya RM4 Bilion, Madius Dakwa RM2.5 Bilion Masih Tertunggak

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
40 Peratus Hasil Sabah Sepatutnya RM4 Bilion, Madius Dakwa RM2.5 Bilion Masih Tertunggak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyifatkan geran khas interim bagi Sabah sebanyak RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai bayaran ansuran terhadap hak 40 peratus hasil negeri itu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau mendakwa masih terdapat kira-kira RM2.5 bilion bayaran tertunggak yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah bagi tahun ini.

“Kalau benarlah jumlah pungutan hasil Persekutuan daripada Sabah hanya RM10 bilion setahun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tengah hari tadi, maka 40 peratus itu ialah RM4 bilion.

“Ini bererti pada tahun ini masih ada lagi RM2.5 bilion yang tertunggak untuk tahun ini sahaja,” dakwanya.

Terdahulu, Wilfred berkata, setiap bayaran ansuran terhadap pelaksanaan hak perlembagaan 40 peratus Sabah perlu diterima dengan baik memandangkan keperluan kewangan kerajaan negeri yang amat mendesak ketika ini.

Menurut beliau, memandangkan Perdana Menteri sudah memberi komitmen untuk melaksanakan hak perlembagaan 40 peratus Sabah, rakyat negeri itu mengharapkan baki RM2.5 bilion berkenaan dapat dibayar sebelum akhir tahun ini.

Anwar hari ini memaklumkan geran khas interim bagi Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion berbanding RM600 juta sebelum ini, sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri itu dimuktamadkan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Beliau dipetik berkata, hasil kutipan Kerajaan Persekutuan daripada Sabah adalah sekitar RM10 bilion setahun, namun peruntukan pembangunan yang disalurkan semula ke negeri itu mencecah lebih RM17 bilion.

Menurutnya, pendedahan angka tersebut bukan bertujuan menafikan hak 40 peratus Sabah, sebaliknya untuk memberikan gambaran sebenar kepada rakyat agar tidak terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan pihak pembangkang. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wilfred Madius Tangau

 

Tags: 40 Peratus Hasil SabahAhli Parlimen TuaranansuranBayaran tertunggakDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Wilfred Madius Tangaugeran khas interim bagi SabahPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Pulang Dengan Penuh Keyakinan Masa Depan Sabah Amat Cerah”

“Saya Pulang Dengan Penuh Keyakinan Masa Depan Sabah Amat Cerah”

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah atas sambutan amat mesra yang...

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd