• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertitah demikian semasa beliau menghadap Baginda malam tadi.

Menurut Anwar, beliau menjunjung kasih atas kebijaksanaan Baginda dalam menangani perkara tersebut.

“Dalam pertemuan tersebut, saya menyokong titah Tuanku agar Aminuddin terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Saya yakin berdasarkan pengalaman dan khidmat cemerlang, beliau akan terus menjalankan tugas dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri seterusnya menegaskan, persoalan yang melibatkan institusi Undang sedang ditangani melalui saluran serta proses yang sah serta kebijaksanaan Undang.

Tegas beliau, Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh untuk memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tambah beliau, dalam apa jua keadaan, keluhuran institusi Raja dan undang-undang negeri mesti terus dipelihara serta dipertahankan.

“Saya juga menyeru rakyat khususnya di Negeri Sembilan terus berhemah, beradab dan menjaga ketertiban terutama dalam membicarakan ehwal institusi Raja dan undang-undang negeri.

“Kemenakan beraja ke mamak, mamak beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada kebenaran, dan kebenaran itu berdiri sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimmenteri besarPerdana MenteriTitahTuanku Muhriz Tuanku MunawirYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd