• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

oleh Mynewshub
19/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia melibatkan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

Beliau mengulas kenyataan seorang Exco Kerajaan Kedah bahawa pengumuman kerajaan mengenai tahap simpanan minyak negara boleh memberi gambaran salah kepada pelabur

“Jangan politikkan keselamatan tenaga negara. Isu bekalan tenaga bukan bahan ceramah politik murah. Ia soal keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan Madani memilih untuk jujur dan bersedia. Sebaliknya, ada pihak memilih untuk memutar dan memperlekeh.

“Dalam krisis, negara perlukan kepimpinan yang matang,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial.

Mahfuz menegaskan ketidaktentuan bekalan tenaga ketika ini berpunca daripada faktor global termasuk konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan yang turut difahami oleh pelabur antarabangsa.

“Pelabur antarabangsa bukan naif, mereka memahami realiti ini dengan jelas. Pelabur global tak dengar ceramah PAS mereka baca data.

“Nak ajar pelabur global? Itu bukan keyakinan, itu loklaq dan kelakaq. Profesor dah jadi macam Tok Selampit penglipur lara,” sindirnya.

Beliau mempertahankan pendekatan kerajaan memaklumkan tahap kesiapsiagaan negara termasuk memberi amaran awal kepada rakyat agar berjimat dan bersedia menghadapi kemungkinan krisis.

“Ketelusan bukan kelemahan, sebaliknya kekuatan dalam pengurusan risiko,” ujarnya.

Mahfuz turut menegaskan bahawa pendedahan mengenai tempoh simpanan minyak sebahagian daripada langkah pengurusan risiko dan bukannya petanda panik seperti yang didakwa.

Katanya lagi, pelabur lebih menilai kestabilan dasar serta keupayaan kerajaan mengurus krisis berbanding kenyataan bersifat emosional.

Dalam nada sinis, beliau turut mempersoalkan kredibiliti pihak tertentu dengan berkata, “urus air pun gagal, ini nak urus naratif minyak dunia pula?” – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mahfuz Omar

Tags: AmanahBekalan Tenaga NegaraDatuk Mahfuz OmarKetelusanNaib PresidenParti Amanah NegaraPelabur
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ramanan Minta Ahli PKR Setia Pada Anwar, Bantu Pertahan Kerajaan

Ramanan Minta Ahli PKR Setia Pada Anwar, Bantu Pertahan Kerajaan

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa supaya berdiri teguh dan setia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd