• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral

oleh Mynewshub
16/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung isu adegan dalam sebuah persembahan teater yang tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Dalam kenyataan media, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka memandang serius perkara tersebut serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan orang ramai.

Menurut universiti itu, berdasarkan syarat dan peraturan pertandingan Karnival Teater (Karviter), setiap persembahan sepatutnya bebas daripada unsur negatif, provokasi atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.

“Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan, dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Universiti Malaya memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul, sambil menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program.

Tambah kenyataan itu lagi, persembahan berkenaan telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai, manakala tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh pemantauan agar kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan. – MYNEWSHUB

 

Tags: AdeganAksi ranjangpermohonan maafpersembahanteaterUniversiti Malaya
Share231Tweet145SendShare

Related Posts

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

31/05/2026
0

SINGAPURA – Malaysia menyampaikan pendirian tegas kepada Norway berhubung pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd