• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Mahu Kerajaan Johor Sifarkan 6,500 Ketua Isi Rumah Miskin, Percepatkan Projek Sistem Transit Rel

oleh Mynewshub
30/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Mahu Kerajaan Johor Sifarkan 6,500 Ketua Isi Rumah Miskin, Percepatkan Projek Sistem Transit Rel
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur apabila kerajaan negeri telah berjaya mensifarkan 4,612 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar sehingga 29 April tahun lalu.

Baginda bertitah, dalam ucapan terdahulu, baginda telah menekankan keutamaan untuk memastikan setiap Bangsa Johor mempunyai keperluan asas yang terjamin.

“Pencapaian ini amat membanggakan dan membuktikan kesungguhan serta keberkesanan usaha yang dilaksanakan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri atas komitmen dalam membela nasib rakyat, khususnya golongan yang memerlukan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

Namun, baginda menegaskan usaha itu tidak boleh terhenti, sebaliknya menggesa agar inisiatif berkenaan diteruskan dan diperkasa untuk mensasarkan sifar kepada keseluruhan kira-kira 6,500 golongan miskin di negeri ini.

Titah baginda, usaha itu penting agar tiada siapa yang tercicir, terutama dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar serta tekanan kos sara hidup yang dirasai rakyat hari ini.

“Saya memahami bahawa masih ramai yang memerlukan sokongan dan bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

“Sehubungan itu, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas pelaksanaan Bantuan Kasih Johor yang telah memanfaatkan lebih 550,000 Bangsa Johor tanpa mengira agama, keturunan mahupun latar belakang,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah ingin melihat pendidikan anak Johor terus berada pada landasan yang betul melalui pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan secara tersusun dan berterusan.

Justeru, baginda menzahirkan rasa bangga melihat perkembangan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) yang menunjukkan kemajuan memberangsangkan, seiring dengan usaha kerajaan negeri memperluas sokongan kepada mahasiswa dan pelajar melalui pelbagai bentuk bantuan.

“Termasuk insentif mahasiswa anak Johor, peranti pembelajaran, bantuan yuran dan persekolahan, serta kemudahan pengangkutan dan tiket penerbangan,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut dimaklumkan sebanyak 21,085 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) telah disiapkan, dengan lebih 16,000 unit telah didiami sejak 2022 sehingga kini.

Dalam masa yang sama, lebih 26,000 rakyat telah dibantu memiliki rumah pertama, selain penyediaan subsidi bina baharu kepada 1,500 penerima, pemberian rumah percuma kepada lebih 1,000 ketua isi rumah, serta kerja membaik pulih lebih 4,000 rumah daif dan 12 projek Perumahan Rakyat (PPR)

“Usaha ini perlu terus dipergiat dan dipastikan manfaatnya sampai kepada lebih ramai yang memerlukan.

“Saya berharap sasaran untuk meningkatkan pemilikan rumah, termasuk 40,000 unit RMMJ didiami menjelang 2027 serta mencapai 100,000 unit menjelang 2030, dapat direalisasikan melalui perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan.

“Kemudahan tempat tinggal untuk Bangsa Johor sentiasa menjadi keutamaan dan usaha ke arah itu perlu diteruskan secara konsisten. Kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada kediaman yang selesa,” titah baginda.

Selain itu, baginda menegaskan bahawa projek sistem transit rel di Johor Bahru yang diintegrasikan dengan RTS Link merupakan satu keperluan mendesak bagi memastikan kesiapsiagaan Johor menghadapi peningkatan pergerakan rakyat.

Sehubungan itu, baginda berharap segala pertimbangan dan kelulusan yang diperlukan dapat dipercepatkan demi memastikan sistem pengangkutan awam di Johor benar-benar mampu menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan Bangsa Johor. – MYNEWSHUB

Tags: Bantuan Kasih JohorPemangku Sultan JohorProjek Transit RelRumah Mampu Milik JohorSekolah Rintis Bangsa JohorSifar kemiskinanTunku Mahkota Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan sektor kesihatan merupakan aspek kritikal yang tidak boleh ditangguhkan, justeru...

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian hasil cukai yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd