• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Muhriz Titah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Diteruskan, Berfungsi Seperti Biasa

oleh Mynewshub
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tuanku Muhriz Titah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Diteruskan, Berfungsi Seperti Biasa
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Empat Undang Luak bersama Tunku Besar Tampin tidak hadir dalam Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tunku Muhriz Tunku Munawir hari ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan namun bertitah, ketidakhadiran pembesar negeri yang lazimnya mengiringi baginda pada setiap perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjejaskan keabsahan mahupun kelancaran persidangan berkenaan.

Tuanku Muhriz malah bertitah, pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kelangsungan tadbir urus negeri berjalan dengan teratur serta memelihara kepentingan rakyat.

“Beta berdoa kepada Allah S.W.T supaya negeri dan rakyat beta terus diberikan kesejahteraan dan hidup dalam suasana harmoni melalui kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama barisan EXCO kerajaan negeri.

“Beta berasa amat bersyukur kerana kerjasama kukuh dalam kerajaan beta terus menunjukkan prestasi yang amat cemerlang pada tahun lepas,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Ke-15.

Semalam, Empat Undang Luak dan Tunku Besar Tampin dalam satu kenyataan bersama menegaskan tidak akan hadir Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama DUN Negeri Sembilan ke-15.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak (Sungei Ujong), Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad (Jelebu), Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah (Johol), Datuk Sedia Raja Abdul Rahim Yasin (Rembau) dan Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri (Tunku Besar Tampin)

Mereka turut menasihatkan agar istiadat tersebut ditangguhkan sementara sehingga selesai segala proses adat dan undang-undang berhubung peralihan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Keputusan berkenaan dibuat susulan pengisytiharan pemecatan Tuanku Muhriz oleh mereka pada 19 April lalu serta melihat kepada situasi mutakhir ini.

“Kami mensabdakan bahawa berdasarkan Peruntukan Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan(UUTKNS) 1959, Menteri Besar tiada pilihan selain patuh kepada kehendak peruntukan yang tersebut.

“Kuasa yang diperuntukan kepada kami ini adalah dilindungi di bawah Perkara 71(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 79 UUTKNS 1959,” kata mereka. – MYNEWSHUB

Tags: Empat Undang LuakKeabsahankerajaan negeriMajlis IstiadatpentadbiranPersidangan DUN Negeri SembilanTunku Besar TampinTunku Muhriz Tunku MunawirYang di-Pertuan Besar
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd