• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

oleh Mynewshub
30/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Limas) Negeri Selangor terlebih dahulu.

Pusat Komunikasi Korporat UKM dalam satu kenyataan media berkata, perkara itu dicapai selepas perbincangan diadakan antara pengurusan UKM bersama pihak kerajaan Selangor.

Sehubungan itu, kata UKM, pihaknya perlu menunggu maklum balas serta tindakan lanjut daripada kerajaan Selangor sebelum sebarang langkah selanjutnya dapat dilaksanakan.

“UKM mengambil maklum terhadap keprihatinan masyarakat dan telah
mengambil langkah sewajarnya berkenaan isu tular mengenai pembinaan kuil di kawasan UKM.

“Untuk makluman, bagi mencari penyelesaian terhadap isu ini, satu sesi perbincangan telah diadakan antara pengurusan UKM bersama pihak kerajaan Selangor berhubung isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah UKM.

“Hasil daripada perbincangan tersebut, keputusan telah diambil untuk membawa isu ini ke Mesyuarat Limas Negeri Selangor,” kata kenyataan itu.

Pusat Komunikasi Korporat UKM berkata, sebarang tindakan perlu melalui prosedur yang ditetapkan serta melibatkan pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa termasuk kerajaan Selangor bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh, berhemah dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Kata kenyataan itu, pihak UKM berharap isu tersebut dapat diselesaikan secara tuntas memandangkan perkara berkenaan memerlukan pendekatan yang berhati-hati serta berperingkat tanpa mengambil tindakan yang agresif atau tergesa-gesa.

“Pihak UKM akan terus memantau perkembangan serta bergantung kepada tindakan pihak berkuasa yang berkenaan untuk langkah seterusnya.

“UKM menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau ketegangan sesama komuniti. Keprihatinan masyarakat berkenaan isu ini amatlah dihargai oleh pihak UKM,” kata Pusat Komunikasi Korporat UKM. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Laman Facebook Universiti Kebangsaan Malaysia

Tags: kerajaan negeriKuil Tidak sahLimasMesyuarat Jawatankuasa AgamaselangorTanahUKMUniversiti Kebangsaan Malaysia
Share207Tweet130SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd