• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Tegur Pihak Tidak Puas Hati Larangan Penternakan Babi

oleh Mynewshub
20/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sultan Selangor Tegur Pihak Tidak Puas Hati Larangan Penternakan Babi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur sikap pihak yang masih tidak berpuas hati dan enggan mematuhi titah larangan penternakan babi di negeri ini.

Titah baginda, masih kedengaran rungutan yang mempertikaikan keputusan berkenaan walaupun arahan telah dikeluarkan sebelum ini.

Baginda bertitah semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

Sultan Sharafuddin menyarankan isu itu diselesaikan dengan mengimpot daging babi dari luar untuk bekalan kaum bukan Islam yang memerlukannya.

“Beta telah memberikan faktor-faktor kenapa ternakan babi tidak sesuai di Selangor antaranya faktor tanah yang tidak mencukupi dan ternakan babi diadakan di kawasan penempatan penduduk yang padat dengan umat Islam.

“Isu pencemaran sungai dan udara juga menjadi faktor kenapa ternakan babi di negeri Selangor tidak sesuai,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Selangor mengingatkan semua pihak tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah, tohmahan dan berita palsu melibatkan institusi agama Islam di negeri ini.

Selain itu, Sultan Sharafuddin menasihati kerajaan negeri supaya memberi keutamaan penuh terhadap usaha menangani masalah banjir dengan perancangan rapi dan tindakan yang berkesan.

Baginda bertitah telah beberapa kali menggesa kerajaan negeri mendapatkan pandangan serta kepakaran antarabangsa bagi merangka pendekatan terbaik dalam mengatasi isu banjir.

“Isu banjir yang telah berpuluh kali beta nasihatkan untuk diselesaikan dengan segera. Namun malangnya, nasihat beta tidak dipeduli dan tidak diambil berat, diibaratkan seperti ‘mencurah air ke daun keladi’.

“Beta difahamkan setiap tahun akan ada peruntukan dari belanjawan negeri bagi mengatasi masalah banjir, namun tiada hasil berkesan dapat dilihat hingga hari ini.

“Banjir tetap berlaku di beberapa kawasan terutama di kawasan perumahan sehingga menyusahkan rakyat beta.

“Beta tidak akan jemu untuk terus bertitah agar tindakan diambil sehingga masalah banjir dan bekalan air bersih ini diselesaikan serta ditamatkan,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Sharafuddin turut menitahkan keperluan untuk melaksanakan pendekatan lebih sistematik, bersepadu dan berkesan dalam menangani isu jalan berlubang di negeri itu. – MYNEWSHUB

Tags: babilaranganPenternakanSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris ShahTitah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan sepasang bayi...

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor-  Titah Sultan

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor- Titah Sultan

10/02/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM 10 FEB. – Sultan Selangor menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd