• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

oleh Mynewshub
03/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan nama baharu.

Dalam nada sinis, beliau berkata, langkah itu adalah wajar memandangkan kerajaan telah pun meneruskan idea Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menerusi pelaksanaan Madani Mart.

Kata beliau, jika kerajaan tidak mahu menggunakan istilah GST seperti yang pernah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), nama cukai tersebut boleh ditukar kepada Madani Tax.

“Minta kerajaan laksanakan semula GST untuk kebaikan ekonomi negara, mungkin boleh tukar nama kepada Madani Tax pun tak mengapa,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial yang disertakan dengan emoji ketawa.

Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep KR1M yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

KR1M namun menerima kritikan hebat daripada pihak pembangkang ketika itu yang kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Untuk rekod, pelaksanaan KR1M bagi membantu kos sara hidup rakyat dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: Cukai MadaniDatuk Dr Muhamad Akmal SalehGSTKetua Pemuda UMNOMadani MartMadani Tax
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd