• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

oleh Mynewshub
12/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan kegagalan rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad.

Beliau berkata, perkembangan tersebut menunjukkan dunia bakal berdepan situasi masa depan yang tidak menentu, sekali gus menuntut kesiapsiagaan semua pihak termasuk rakyat Malaysia.

“Nampaknya rundingan Iran dengan AS di Islamabad gagal mencapai apa-apa persetujuan. Dunia akan hadapi keadaan masa hadapan yang tidak menentu.

“Adakah kita rakyat Malaysia sudah bersedia dengan segala kemungkinan? Adakah kita bangsa yang kuat dan berketahanan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, rundingan damai antara Iran dan AS dilaporkan gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam perbincangan.

Media kerajaan Iran melaporkan, rundingan untuk menamatkan perang di Asia Barat gagal berikutan tuntutan tidak munasabah oleh AS.

“Delegasi Iran telah berunding secara berterusan dan intensif selama 21 jam bagi melindungi kepentingan nasional rakyat Iran,” kata media Iran.

Naib Presiden AS, JD Vance pula mendakwa beliau telah mengemukakan cadangan terakhir dan terbaik.

Vance berkata, isu teras pertikaian adalah mengenai senjata nuklear, manakala Iran menegaskan ia tidak membangunkan bom atom.

Kegagalan itu menambah kebimbangan terhadap kestabilan geopolitik dunia yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi global termasuk kenaikan harga minyak dan gangguan rantaian bekalan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khaled Nordin

Tags: Amerika SyarikatBersediaDato’ Seri Mohamed Khaled NordingagalIranIslamabadmenteri pertahananrakyat MalaysiaRundingan
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Dua Anggota MALBATT 850-13 Cedera Ringan Insiden Serangan Udara

Dua Anggota MALBATT 850-13 Cedera Ringan Insiden Serangan Udara

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 mengalami kecederaan ringan akibat kesan sampingan insiden serangan udara yang berlaku...

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd