• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika isu penternakan babi tidak diselesaikan segera.

Dakwa beliau, sehingga hari ini orang awam tertanya-tanya mengapa pemimpin tertinggi DAP tidak mengadap Sultan Selangor atau mengadakan rundingan dengan Menteri Besar berhubung perkara itu.

“Orang awam tertanya-tanya… Mengapa pimpinan DAP tertinggi tidak berani mengadap Tuanku Sultan Selangor atau mengadakan rundingan dengan Menteri Besar Selangor.

“Ini perkara yang penting dan mustahak. Jangan melengah-lengah lagi. Jangan menunggu sehingga komuniti bukan Melayu kehilangan keyakinan pada kerajaan Selangor dan Kerajaan Madani,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan mengapa pimpinan tertinggi DAP tidak membawa isu penternakan babi di Selangor kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kabinet demi mencari penyelesaian yang baik. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ronnie Liu Tian Khiew

Tags: babiBukan MelayuDAPKerajaan MadaniKeyakinanPenternakanRonnie Liu Tian Khiew
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd