• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Diseru Ingati Peristiwa ‘Black 14’ Mata Lebam Simbol Reformasi

oleh Mynewshub
14/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Diseru Ingati Peristiwa ‘Black 14’ Mata Lebam Simbol Reformasi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mengingatkan semula pihak agar tidak melupakan peristiwa ‘Black 14’ yang didakwa menjadi simbol kebangkitan menentang kezaliman dan ketidakadilan.

Menurut beliau, tarikh 14 April bukan sekadar catatan dalam kalendar, sebaliknya sarat dengan makna perjuangan, termasuk insiden mata lebam yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika era Reformasi 1998.

“Saya ketika itu baru berusia 24 tahun dan masih mengingati suasana gelita tersebut. Kejatuhan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar hukuman terhadap seorang individu, tetapi ujian besar terhadap maruah negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, daripada episod duka itu tercetus gelombang kebangkitan rakyat pelbagai kaum yang turun ke jalanan menuntut keadilan.

Katanya, gerakan seperti ‘Black 14’ yang digerakkan oleh Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan aktivis reformasi menjadi simbol bahawa keadilan tidak boleh dipenjarakan, meskipun ramai berdepan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tekanan serta tohmahan.

“Namun semangat perjuangan tidak pernah mati. Dari 1998 hingga kini, kita belajar bahawa keadilan mungkin ditangguhkan, tetapi tidak akan dipadamkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan tanggungjawab hari ini bukan sekadar mengingati sejarah, tetapi memastikan kezaliman tidak berulang serta mempertahankan sistem demokrasi negara.

“Reformasi bukan sekadar nostalgia, ia adalah amanah yang perlu diteruskan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Shamsul Iskandar Mohd Akin

 

 

Tags: Black 14Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Shamsul Iskandar Mohd AkinKezalimanmata lebamRakyatReformasi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Krematorium penganut Hindu atau rumah bakar mayat akan dibina dengan kos RM1.5 juta di Jalan Siram, Butterworth,...

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

14/04/2026
0

KUALA TERENGGANU — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak tertentu yang 'merengek di luar' apabila tindakan tegas diambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd