• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengkritik penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave dalam keadaan rakyat diminta berjimat cermat dan berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau dalam satu kenyataan di media sosial turut mempersoalkan apakah rasional kepada kerajaan untuk meluluskan penganjuran program seperti itu di ibu negara.

“Adakah ini keutamaan yang ingin didahulukan, sedangkan banyak lagi keperluan rakyat yang lebih mendesak perlu diberi perhatian,” katanya hari ini.

Terdahulu, Mohamed Sukri berkata, festival itu perlu dihentikan kerana ia melanggar nilai adab, sensitiviti budaya tempatan serta keharmonian sosial khususnya dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut beliau, tema dan konsep pelancongan sepatutnya berkonsepkan nilai ketimuran yang penuh adab sesuai dengan budaya tempatan, bukan menciduk budaya luar.

Beliau malah mendakwa festival seperti itu hanya menggalakkan budaya hedonisme dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.

“Kita tidak menolak usaha mempromosikan sektor pelancongan melalui kempen Visit Malaysia namun pemilihan acara mesti berakar pada jati diri negara, bukan meniru model pesta jalanan luar yang belum tentu sesuai dengan acuan masyarakat kita.

“Oleh itu, kita mahu Water Musical Festival ini dihentikan segera kerana ia jelas melanggar nilai adab, sensitiviti budaya tempatan,” katanya.

Ujar beliau, pelancong yang hadir ke Malaysia bukan untuk berpesta dan berhibur, tetapi menyaksikan keindahan seni dan budaya tempatan, merasai keramahan masyarakat serta menghayati nilai kekeluargaan, kepelbagaian adat dan keharmonian beragama di negara ini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamed Sukri Omar

Tags: Bukit BintangFestival Muzik Air Rain RaveHentikankuala lumpurMohamed Sukri OmarPemuda PAS Selangor
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyindir perkembangan berhubung peletakan jawatan Menteri...

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd