• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berisiko Biarkan Omicron Jadi Vaksin ‘Semula Jadi’

oleh Mohd Arshad
15/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pandangan yang menganggap Omicron mampu menjadi ‘vaksin semula jadi’ untuk melawan COVID-19 selepas kesan jangkitannya hanya pada tahap sederhana, tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengekang penularan wabak itu di negara ini.

Pakar kesihatan tempatan menolak idea berkenaan kerana masih terlalu awal untuk menerima saranan pakar global disebabkan kesan jangkitannya berbeza di setiap negara.

Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Ampang Puteri, Dr Yazli Yuhana, berkata masih terlalu awal untuk menerima saranan pakar kesihatan global yang menyarankan supaya Omicron dibiarkan menular secara meluas sebagai kaedah terbaik untuk mencapai imuniti berkelompok.

“Idea mengatakan Omicron ini bagus untuk semua orang, sama seperti ketika penularan varian Delta dahulu yang mana pakar di United Kingdom pun bercakap perkara sama, namun akhirnya penularan di sana menjadi lebih teruk.

“Terlalu awal untuk menggunakan pendekatan membiarkan jangkitan Omicron dalam komuniti kerana ia mampu menjadi vaksin semula jadi bagi mencapai imuniti berkelompok atas alasan pesakit mampu menghasilkan imun menentang varian itu,” katanya kepada BH, hari ini.

Baru-baru ini, segelintir pakar kesihatan dunia antaranya dari Israel dan India berpandangan Omicron adalah ‘vaksin terbaik’ untuk melawan COVID-19 kerana sifatnya yang tidak begitu berbahaya dan pada masa sama mampu membantu badan membentuk antibodi.

Dr Yazli berkata, daripada data diperoleh ketika ini, kebanyakan individu dijangkiti Omicron adalah dalam kalangan pengembara termasuk yang pulang dari mengerjakan umrah, namun keadaan mereka baik, kerana mungkin sudah divaksin.

“Berdasarkan kes yang saya kendalikan, belum ada lagi kes Omicron membabitkan individu tidak divaksin, maka tidak dapat dipastikan sama ada keadaan mereka teruk atau dalam keadaan baik jika dijangkiti.

“Penularan varian Omicron tidak sepatutnya diambil ringan, selagi tidak ada bukti kukuh menunjukkan ia tidak menyebabkan kematian, kemasukan ke hospital dan kesan yang teruk tidak seperti Delta.

“Namun, kita harus ingat konteksnya berbeza, kerana Delta muncul ketika kita semua belum divaksin, disebabkan itu, tidak sepatutnya melihat penularan jangkitan Omicron ini dalam satu aspek saja,” katanya.

Beliau berkata, penularan Omicron tidak boleh dibandingkan di negara kerana situasinya berbeza, bergantung kepada fasiliti kesihatan disediakan.

Sementara itu, Profesor Epidemiologi dan Biostatistik, Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Dr Jamalludin Ab Rahman, berkata menjadikan Omicron sebagai vaksin semula jadi adalah satu langkah berisiko.

“Saya tidak bersetuju, bahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membangkitkan kebimbangan sama kerana jangkitan Omicron terlampau tinggi.

“Contohnya, di Israel, walaupun memulakan suntikan vaksin dos keempat, lihatlah apa terjadi sekarang dengan kes di sana amat tinggi, walaupun ia tidak setinggi ketika penularan Delta,” katanya.

Beliau berkata, kemungkinan untuk Omicron menjadi vaksin semula jadi itu ada tetapi ia tidak boleh diharapkan seratus peratus kerana jika kapasiti hospital sesak teruk akibat jangkitannya, sistem kesihatan negara mungkin lumpuh.

Katanya, masih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti sejauh mana Omicron mampu membantu daripada aspek imuniti, misalnya melihat kepada paras antibodi dihasilkan individu dijangkiti varian itu.

BHonline-

Tags: Covid-19UIAMvarian omicronwho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penghuni Selamat Rumah Musnah Terbakar

Next Post

Tengku Amir Kekal Presiden FAS

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

Next Post

Tengku Amir Kekal Presiden FAS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd