• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘PMX Paling Popular’

oleh Mynewshub
05/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘PMX Paling Popular’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin paling popular berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan beberapa tahun lalu.

Perkara itu dikongsikan semula oleh pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr. Ismail Salleh menerusi satu hantaran di media sosial bersama poster keputusan kajian tersebut.

Berdasarkan poster berkenaan, Anwar mencatatkan sokongan tertinggi dengan 46 peratus daripada keseluruhan responden pelbagai kaum, manakala 32 peratus sokongan daripada responden Melayu.

Dua lagi tokoh politik yang turut dipaparkan dalam kaji selidik itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin dilaporkan memperoleh 17 peratus sokongan daripada semua kaum dan 25 peratus dalam kalangan responden Melayu, manakala Ismail Sabri pula mencatatkan enam peratus bagi semua kaum serta sembilan peratus bagi responden Melayu.

Poster itu turut mendakwa Anwar ‘mencipta sejarah’ apabila memperoleh undian tertinggi dalam kaji selidik berkenaan.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai metodologi kajian, saiz sampel dan badan yang menjalankan tinjauan tersebut tidak dinyatakan dalam perkongsian berkenaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato Dr. Ismail Salleh

Tags: Datuk Dr Ismail SallehDatuk Seri Anwar IbrahimkajianPalingPerdana MenteriPMXpopular
Share214Tweet134SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd