• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

oleh Mynewshub
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA, 27 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai pentadbir kepada akaun Facebook dikenali sebagai HuaYan The Pureland Learning Centre.

Siasatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat berikutan penyebaran kandungan jelik melampau berunsur 3R yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam satu kenyataan media hari ini, MCMC memaklumkan bahawa pihaknya telah merakam percakapan individu berkenaan.

Menurut MCMC, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam masa sama, PDRM turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, siasatan juga melibatkan Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan penghinaan dengan niat mencetuskan gangguan awam.

Ancaman Kepada Keharmonian Negara

MCMC menegaskan bahawa penyebaran kandungan jelik melampau terhadap Institusi Diraja adalah satu perkara serius yang boleh menjejaskan keyakinan awam serta menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara beretika dan bertanggungjawab, selain mengelakkan sebarang bentuk kandungan berunsur hasutan, fitnah atau penghinaan—terutamanya yang melibatkan Institusi Diraja.

“MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Kes ini sekali lagi menjadi peringatan bahawa kebebasan bersuara di ruang digital tetap tertakluk kepada undang-undang, khususnya apabila menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi negara. –MYNEWSHUB

Tags: MCMC
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

01/06/2026
0

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat Oleh Mynewshub KUALA...

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd