• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

oleh Mynewshub
30/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian hasil cukai yang dijana oleh Johor, sekurang-kurangnya 25 peratus kepada negeri ini.

Bertitah sempena perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini, baginda menzahirkan bahawa pulangan semasa kepada negeri itu masih belum mencukupi untuk menampung keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat Johor.

“Saya ingin menegaskan bahawa Johor merupakan antara penyumbang utama kepada hasil negara, namun pulangan yang diterima masih tidak setimpal dengan keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri ini.

“Justeru, saya ingin menggesa kepada Kerajaan Persekutuan bahawa sudah tiba masanya sebahagian hasil cukai yang dijana oleh Johor, sekurang-kurangnya 25 peratus, dipulangkan semula kepada negeri ini,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, perkara itu penting agar Johor dapat mengurus keperluan rakyat dengan lebih cekap tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada proses kelulusan yang panjang.

Titah baginda, Johor perlu diberi ruang untuk berdiri dengan lebih berdikari, selaras dengan peranannya sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara, demi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor terus terpelihara.

Terdahulu, baginda bertitah berasa amat bangga dengan pencapaian negeri Johor yang terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Titah Tunku Mahkota Ismail, sejak awal dilantik menjadi Pemangku Sultan Johor baginda telah menegaskan bahawa keutamaan adalah memperkukuh ekonomi, menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan kualiti pendidikan, memperbaiki infrastruktur serta memperkasa sistem kesihatan supaya Bangsa Johor dapat menikmati kehidupan yang lebih baik, lebih stabil dan lebih terjamin.

Baginda bertitah, dalam aspek ekonomi, Johor berjaya menarik pelaburan RM272 bilion termasuk mencipta sejarah pada tahun 2025 apabila merekodkan RM110 bilion pelaburan tertinggi pernah dicapai oleh mana-mana negeri.

“Pencapaian ini telah membuka lebih 80,000 peluang pekerjaan kepada Bangsa Johor dan rakyat Malaysia,” titah baginda.

Titah baginda, kejayaan itu didorong oleh pelaksanaan inisiatif strategik seperti Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang menjadi pemangkin utama kepada keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh.

“Saya juga dimaklumkan bahawa hasil negeri Johor terus meningkat, mencecah RM2.68 bilion pada tahun 2025, menunjukkan kekuatan asas ekonomi serta kecekapan tadbir urus kerajaan negeri dalam mengurus sumber dan hasil dengan baik.

“Pencapaian ini adalah satu petanda bahawa Johor berada di landasan yang tepat. Saya menzahirkan rasa syukur dan bangga serta berharap momentum ini akan terus diperkukuh, agar Johor bukan sahaja terus maju, malah muncul sebagai sebuah negeri contoh yang unggul, berdaya saing dan disegani di peringkat nasional dan serantau,” titah baginda. – MYNEWSHUB

 

Tags: 25 peratusHasil CukaiJohorkerajaan persekutuanPemangku Sultan JohorPulangkanTunku Mahkota Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

Hospital Pasir Gudang Perlu Beroperasi Sepenuhnya Segera – Tunku Mahkota Ismail

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan sektor kesihatan merupakan aspek kritikal yang tidak boleh ditangguhkan, justeru...

Tunku Mahkota Ismail Mahu Kerajaan Johor Sifarkan 6,500 Ketua Isi Rumah Miskin, Percepatkan Projek Sistem Transit Rel

Tunku Mahkota Ismail Mahu Kerajaan Johor Sifarkan 6,500 Ketua Isi Rumah Miskin, Percepatkan Projek Sistem Transit Rel

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur apabila kerajaan negeri telah berjaya mensifarkan 4,612 Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd