• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

oleh Mynewshub
14/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak tertentu yang ‘merengek di luar’ apabila tindakan tegas diambil terhadap kes rasuah, sambil mendakwa wujud kelompok yang sanggup menjadi ‘pencacai’ mempertahankan individu berpengaruh.

Berucap pada mini konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu semalam, Anwar mengakui terdapat pelbagai cabaran dalam pentadbiran, namun menegaskan tindakan terhadap rasuah perlu diteruskan tanpa mengira kedudukan.

Menurut beliau, apabila tokoh besar seperti bekas pemimpin atau individu bergelar Tun, Tan Sri dan Datuk Seri disiasat atau ditahan, akan muncul gelombang sokongan yang mempertahankan mereka.

“Merengek kat luar ini aduhh… Saya tak nafikan ada masalah, tapi ramai pernah memimpin, pernah perintah. Dia tidak mudah. Ini yang dilakukan, tindakan terhadap rasuah. Kamu tun, tan sri, datuk seri ada kes, jalan. Saya tak halang.

“Bukan saya yang tangkap, bukan saya yang siasat, bukan saya yang hukum. Tetapi dalam sistem kita ini, bila orang besar kena tangkap, ramai yang jadi pencacai, pejuang mereka,” katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR seterusnya mempersoalkan sikap pihak yang mempertahankan individu berdepan dakwaan rasuah berskala besar, sedangkan kes kecil melibatkan rakyat biasa sering dijadikan sasaran kritikan terbuka.

“Bayangkan orang itu ada harta berbilion ringgit. Disiasat pun tidak boleh. Mana mungkin parti itu parti pejuang? Parti itu hanya menuntut siapa yang punya dana untuk membantu mereka, tanpa peduli masalah rakyat.

“Polis yang bekerja ditangkap kerana ambil RM100, tetapi seorang mantan menteri, seorang tun, seorang datuk seri yang diketahui mengambil ratusan juta ringgit, malah berbilion ringgit tidak disentuh. Ini negara hakprak kalau jadi begitu, betul?

“Jadi kena faham, bila kita ambil tindakan terhadap golongan ini, mereka ada pengaruh, mereka ada wang, mereka ada penyokong. Mereka juga ada dana untuk membantu mereka termasuk pengaruh di media sosial,” katanya.

Anwar memberi amaran bahawa jika amalan melindungi golongan berpengaruh yang mengamalkan rasuah berterusan, negara berisiko menjadi tidak adil dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak mengamalkan prinsip tabayun atau menyelidik fakta sebelum membuat tuduhan serta tidak dipengaruhi sentimen peribadi.

“Bila tun-tun, tan sri, datuk-datuk ditangkap, ramai pula yang menjadi pembicara. Mereka tidak senang dengan tindakan itu. Tetapi kalau satu dua kes lain, dituduh dan dihentam setiap hari. Sebab itu bila kita sebut tabayun, cari jalan, jangan fitnah.

“Jangan kerana sentimen aku tak suka dia, maka kita terus ambil tindakan. Itu tidak boleh. Kita akhirnya bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. Sebab itu bila siasat, bila orang melapor kepada saya bahawa orang ini ada kes, saya kata kamu jawab,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk SeriDatuk Seri Anwar IbrahimMerengekPencacaiperasuahPerdana Menteritan sriTun
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Angkat Martabat Rakyat Kelantan – PM Anwar

Kerajaan Madani Angkat Martabat Rakyat Kelantan – PM Anwar

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Madani untuk terus mengangkat martabat serta kebajikan rakyat...

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, Norman Daud mempertahankan kenyataan Perdana Menteri bahawa 85 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd