• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lake Garden Seremban Didakwa Jadi ‘Port’ Projek G*y?

Netizen Persoal Tindakan Pihak Berkuasa

oleh Mynewshub
18/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lake Garden Seremban Didakwa Jadi ‘Port’ Projek G*y?
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa kawasan rekreasi Lake Garden Seremban kini menjadi lokasi berlakunya aktiviti tidak bermoral kelompok gay sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung.

Menerusi satu perkongsian di platform Instagram, seorang individu mendakwa ternampak perlakuan tidak senonoh di kawasan semak sekitar taman tersebut ketika sedang berjoging.

Menurutnya, lokasi itu sepatutnya menjadi tempat orang ramai beriadah bersama keluarga, namun kejadian sedemikian menimbulkan rasa terkejut dan tidak selamat.

“Datang nak beriadah, bukan nak tengok perkara macam tu,” tulis individu berkenaan dalam hantaran yang kini mendapat perhatian ramai.

Susulan itu, timbul persoalan dalam kalangan netizen mengenai saluran yang boleh digunakan untuk membuat aduan serta tindakan yang boleh diambil pihak berkuasa terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan mahupun polis berhubung kesahihan dakwaan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan tuduhan tanpa bukti, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kejadian mencurigakan atau perlakuan tidak senonoh di kawasan awam.

Dalam masa sama, pihak berkuasa tempatan disaran mempertingkat pemantauan di kawasan rekreasi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa terjamin.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/lv_0_20260418005823-1.mp4
Tags: anti gay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diplomat Veteran Gesa Peraturan ‘Kuno’ Anti-Gay Dimansuh

25/09/2018
0

SINGAPURA - Salah seorang diplomat paling berpengaruh Singapura hari ini menggesa pemansuhan undang-undang menjadikan amalan gay sebagai jenayah, berkata sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd