• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diplomat Veteran Gesa Peraturan ‘Kuno’ Anti-Gay Dimansuh

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Salah seorang diplomat paling berpengaruh Singapura hari ini menggesa pemansuhan undang-undang menjadikan amalan gay sebagai jenayah, berkata sudah tiba masanya republik itu meninggalkan peraturan ‘kuno’ itu.

Keputusan Mahkamah Agung India awal bulan ini mengharamkan seks sejenis mencetuskan perbahasan baru di Singapura, dan cabaran perundangan baru difailkan terhadap undang-undang seks anti-gay republik itu.

Seks sesama lelaki diharamkan di Singapura menurut Seksyen 377A Kanun Keseksaan, diwarisi daripada penjajahan Britain, walaupun ia jarang dikuat kuasakan.

Diplomat veteran dan bekas duta Singapura di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat, Tommy Koh, menulis dan kolum akhbar The Straits Times bahawa undang-undang itu tidak perlu digunakan lagi.

“Seksyn 377A adalah undang-undang kuno, tidak disokong sains dan perlu dimansuhkan,” kata Koh.

Pakar undang-undang antarabangsa berusia 80 tahun itu berkata Singapura adalah antara segelintir negara yang masih mengharamkan liwat kerana diwarisi daripada kanun keseksaan lama Britain.

“Bagi negara yang menyokong sains dan teknologi, memang mengejutkan, dalam aspek ini, undang-undang tidak dikemaskini menurut bukti saintifik,” katanya.

Koh berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan homoseksual daripada senarai gangguan mental, manakala pemimpin agama menyifatkan liwat adalah dosa yang tidak boleh dihukum sebagai jenayah.

Kali terakhir undang-undang itu dicabar adalah pada 2014 tetapi mahkamah rayuan menolaknya, berkata pemansuhan undang-undang itu bergantung kepada Parlimen.

Walaupun Singapura mempunyai budaya moden, reaksi kepada homoseksual masih konservatif.

Namun sokongan awam kepada hak gay semakin meningkat, dengan ribuan keluar menyertai perarakan hak gay, Pink Dolly. — AFP

Tags: anti gaySingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lake Garden Seremban Didakwa Jadi ‘Port’ Projek G*y?

Lake Garden Seremban Didakwa Jadi ‘Port’ Projek G*y?

18/04/2026
0

SEREMBAN – Tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa kawasan rekreasi Lake Garden Seremban kini menjadi lokasi berlakunya aktiviti...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd