• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16

oleh Mynewshub
26/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kehadiran Sayap Bersekutu dalam Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Selangor dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh agenda inklusif parti, khususnya dalam mendekati masyarakat bukan Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

 

Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Malaysia, Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata, penglibatan sayap itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya mencerminkan komitmen serius parti dalam memperluaskan penyertaan rakyat pelbagai kaum dalam arus perdana politik negara.

 

Menurut beliau, Selangor sebagai negeri paling maju dan berpopulasi tinggi menjadi medan penting yang mencerminkan realiti politik Malaysia yang majmuk, urban serta semakin matang.

 

“Sayap Bersekutu memainkan peranan sebagai jambatan keyakinan antara BERSATU dan masyarakat bukan Melayu, khususnya dalam usaha menawan kembali Selangor dengan pendekatan yang lebih inklusif,” katanya.

 

Tambahnya, peranan tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada penyertaan, malah memastikan penglibatan aktif dalam membina masa depan negeri dan negara yang lebih stabil, adil serta progresif.

 

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa landskap politik Selangor kini semakin kompetitif, dengan pengundi lebih cenderung menilai berdasarkan dasar, kredibiliti serta kestabilan sesebuah parti.

 

“Sayap Bersekutu berada pada kedudukan strategik untuk menyampaikan mesej parti secara lebih dekat dan diyakini, selari dengan realiti masyarakat berbilang kaum,” ujarnya.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa sayap itu berpotensi menjadi pemangkin perubahan dalam kalangan pengundi bukan Melayu, terutamanya golongan muda dan pengundi atas pagar yang mencari alternatif politik yang lebih sederhana dan berorientasikan penyelesaian.

 

Mengulas lanjut, Sri Sanjeevan berkata penglibatan aktif Sayap Bersekutu dalam konvensyen tersebut mencerminkan kesiapsiagaan BERSATU menghadapi cabaran pilihan raya dengan pendekatan lebih menyeluruh.

 

“Dengan strategi tersusun dan pelaksanaan konsisten, Sayap Bersekutu mampu memperluaskan sokongan kepada parti serta menjadi faktor penting dalam membentuk gelombang sokongan menjelang PRU16,” katanya.

 

Konvensyen itu turut dilihat sebagai platform memperkukuh kesepaduan dalaman parti selain merangka strategi baharu bagi menghadapi persaingan politik di Selangor yang semakin mencabar.

Tags: BERSATU
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

Pengalaman Pahit Kerjasama Dengan BERSATU, Pemuda PAS Selangor Akui Wakil UMNO Lebih Berprestasi

Pengalaman Pahit Kerjasama Dengan BERSATU, Pemuda PAS Selangor Akui Wakil UMNO Lebih Berprestasi

22/06/2026
0

SHAH ALAM – Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Shukri Omar menyifatkan pengalaman PAS bekerjasama dengan Bersatu sebagai sangat memeritkan berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd